Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1di. Kemahiran Proses : Definisi dan Contoh

Kemahiran Proses Sains adalah alat yang digunakan oleh pelajar untuk menyiasat dunia di sekeliling mereka dan membina kefahaman konsep. Maka, adalah penting untuk guru memahami kemahiran-kemahiran ini dengan baik. Walau bagaimanapun, mengenalpasti dan mendefinisi kemahiran-kemahiran proses bukanlah suatu tugas yang sentiasanya mudah. Permasalahan pertama adalah kemahiran-kemahiran tersebut tidak diamalkan secara terpisah. Apabila kita melihat kepada situasi… Continue reading 1di. Kemahiran Proses : Definisi dan Contoh

Idea Amalan Sains

Perkongsian Bahan PdP 1

Perkongsian bahan PdP oleh rakan-rakan guru yang menyertai Bengkel Pembangunan Profesionalisme Guru Zon Selatan 2014, anjuran bersama Petrosains dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kredit diberikan kepada guru-guru yang telah membina bahan secara berkumpulan sebagai pereka bentuk/pemilik idea. Jika tuan/puan berminat dengan butiran lanjut mana-mana idea dan bahan secara khusus, boleh berhubung terus dengan pereka bentuk/pemiliknya. Di… Continue reading Perkongsian Bahan PdP 1

Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1d. Proses Sains

  Proses Sains Kemahiran Proses Sains Produk Proses Sains Pemerhatian Observation Memerhati Observing Pemerhatian Observation Penyoalan Questioning Menyoal Questioning Soalan Question Hipotesis Hypothesis Berhipotesis Hypothesizing Hipotesis Hypothesis Ramalan Prediction Meramal Predicting Ramalan Prediction Perancangan dan Penyiasatan Planning and Investigation Merancang dan Menyiasat Planning and Investigating Rancangan dan Siasatan Plan and Investigation Penafsiran Interpretation Menafsir Interpreting… Continue reading 1d. Proses Sains

Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1dii. Pemerihalan Kemahiran Proses Sains [Description of Science Process Skills]

Memerhatikan Kemahiran Proses Sains Dalam Tindakan Pada senarai kemahiran proses sains berikut, terdapat pemerihalan untuk setiap satunya. Jika pemerihalan-pemerihalan sebarang kemahiran proses tertentu yang berikut dikenalpasti ada dalam tindakan pelajar, maka pelajar dikatakan menggunakan kemahiran proses tersebut dalam tindakannya yang khusus itu.   Memerhati Apabila memerhati, pelajar : mengenalpasti perbezaan dan persamaan antara objek atau bahan; menggunakan… Continue reading 1dii. Pemerihalan Kemahiran Proses Sains [Description of Science Process Skills]

Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1diii. Pendefinisian Kemahiran Proses Sains Secara Operasi

Menggunakan petunjuk perkembangan kemahiran proses sains Salah satu cara untuk mengenalpasti kemahiran proses adalah menerusi tindakan-tindakan yang menggunakan setiap daripada kemahiran proses yang terlibat. Sebagai misalnya, jika kanak-kanak sedang mengasingkan dedaunan ke dalam kumpulan-kumpulannya berdasarkan kelicinan atau kekesatan permukaannya, mereka sedang “mengenalpasti perbezaan ketara antara objek”; yang merupakan suatu kemahiran memerhati (yakni kemahiran proses sains… Continue reading 1diii. Pendefinisian Kemahiran Proses Sains Secara Operasi

Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

5a. Merancang Penyiasatan Saintifik

‘SAINTIFIK’ bermaksud bersifat sains, iaitu melaksanakan proses-proses sains secara hati-hati sebelum sebarang kesimpulan tentang sesuatu bahan atau fenomena dibentuk. Dengan kefahaman bahawa sains bermaksud ‘sikap‘, maka saintifik boleh ditafsirkan sebagai ‘berorientasikan sikap‘; ‘science is to attitude as scientific is to attitudinal‘ (1). Penemuan-penemuan saintifik membentuk pandangan kita tentang alam ini dan mempengaruhi keputusan-keputusan yang kita buat. Penemuan-penemuan saintifik menyentuh banyak… Continue reading 5a. Merancang Penyiasatan Saintifik