Kemahiran Berfikir

Roda Gergasi : Kemahiran Berfikir Di Sebalik Matematik

Jika anda berpeluang ke KLCC, singgahlah ke pusat penemuan sains interaktif, Petrosains. Ia terletak di tingkat 4, Suria KLCC, bertentangan dengan gedung buku Kinokuniya.

Setelah anda masuk ke Petrosains dan meneroka selama kira-kira 1.5jam, anda akan tiba di stesen pameran SPEED. Terdapat sebuah bahan pameran yang dinamakan ‘Roda Gergasi’ stesen pameran tersebut.

Bahan pameran ini mempunyai 6 roda gergasi – bermula dengan roda merah (101), roda jingga (102), roda kuning (103), roda hijau (104), roda biru (105), dan roda ungu (106). Terdapat satu engkol (crank) untuk memutarkan roda-roda ini.

Apabila engkol diputarkan sebanyak 10 pusingan lengkap, maka roda merah akan membuat 1 pusingan lengkap.

Soalannya : “Berapakah pusingan engkol yang perlu untuk membuatkan roda ungu (106) MULA BERGERAK?”

Jika anda menjawab “Satu juta kali (1,000,000)” maka anda perlu mengira atau berfikir semula, ya.

Tips : baca soalan sekali lagi.

 

***Selamat mencuba!***

#kemahiran berfikir #kbat #hots #matematik #pdpc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s