Idea Amalan Sains

Perkongsian Bahan PdP 3 (kump 2 hingga 6/6)

Perkongsian bahan PdP oleh rakan-rakan guru yang menyertai Bengkel Pembangunan Profesionalisme Guru Zon Sabah 2014, anjuran bersama Petrosains dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kredit diberikan kepada guru-guru yang telah membina bahan secara berkumpulan sebagai pereka bentuk/pemilik idea. Di sini, hanya nama guru dan sekolah mengajar sahaja yang didedahkan demi menjaga privasi guru.

Nota : Sebahagian aktiviti hanya dapat disertakan gambar sahaja. Jika tuan/puan berminat dengan butiran lanjut mana-mana idea dan bahan secara khusus, boleh berhubung terus dengan pereka bentuk/pemiliknya.

*                    *                    *

Kumpulan 2 “Fit The Hole”

Fit The Hole_PSB/COL/US/TPDW-Zon Sabah/V1.0/26092014

gambar 0

Diilhamkan oleh;

Cikgu Sindra Binti Rabin (SMK Tinusa)

Cikgu Juliana Binti Djumarang (SMK Batu Sapi)

Cikgu Sri Idardyanti Binti Mansud@Mansor (SMK Perempuan Sandakan)

Cikgu Mazlan Bin Mohd Yussof (PPD Sandakan)

Cikgu Noor Ashikin Binti Mat Shoib (SMK Sandakan 2)

Cikgu Syamimi Binti Othman (SMK Balaban Jaya)

Mata pelajaran               :     Sains

Konsep sains                   :     Penambahan dan penolakan cahaya berwarna

Objektif aktiviti              :     Pelajar mengkaji kesan penuras warna terhadap sumber cahaya

Hasil pembelajaran      :

1. Pelajar harus dapat menghuraikan penolakan cahaya berwarna oleh penuras cahaya.

2. Pelajar dapat mengenal pasti warna primer dan warna sekunder

Umur sasaran khusus  :     Pelajar sains tingkatan 4

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas (4 orang 1 kump)

dicadangkan

Jangkaan masa               :     2 waktu kelas

Bahan-bahan                   :     Papan styrofoam, span, batang aiskrim, kayu penyepit (chopstick), kertas warna (merah, biru, hijau, kuning, magenta, cyan), pembaris, pita pelekat, pisau.

Penyediaan                       :

  • Sebelum menggunakan model ini, pelajar harus mengenal pasti warna primer dan warna sekunder.
  • Terdapat dua penuras iaitu penuras primer dan penuras sekunder.
  • Pelajar akan memilih satu warna penuras primer dan satu warna penuras sekunder dan meletakkannya pada ruang yang disediakan.
  • Pelajar harus memilih warna cahaya yang diwakili oleh batang kayu yang berbeza bentuk dan warna yang akan melalui penuras primer.

Nota : Hanya bentuk yang sesuai sahaja akan dapat melalui penuras tersebut.

  • Kemudian, pelajar akan mengulangi langkah yang sama pada penuras sekunder.
  • Langkah 4-5 hendaklah diulangi menggunakan penuras warna yang berlainan.

Pelajar perlulah mencatat pemerhatian dengan melengkapkan lebaran kerja yang diberikan.

Lembaran Kerja 1

gambar 1

Foto aktiviti                     :

gambar 2

gambar 3

 

Kumpulan 3 “Smart Map Mitosis and Meiosis”

Smart Map Mitosis and Meiosis_PSB/COL/US/TPDW-Zon Sabah/V1.0/26092014

gambar 0

Diilhamkan oleh;

Cikgu Siew Chin (SMK Kunak Jaya)

Cikgu Surati Binti Samsuri (SMK Elopura 2)

Cikgu Hatira Binti Lattang (SMK Madai)

Cikgu Samzurina Binti Amiruddin (SMK Kunak)

Mata pelajaran                 :     Biologi / Sains Teras

Konsep sains                     :     Mitosis dan Meiosis

Isu/permasalahan          :

1. Ramai pelajar tidak memahami perbezaan di antara mitosis dan meiosis.

2. Pelajar tidak memahami proses pindah silang di dalam meiosis.

3. Membantu pelajar untuk menjawab soalan 11 dan 12 Bahagian C kertas Sains SPM yang kebiasaannya soalan meminta pelajar untuk membuat perbezaan.

Objektif aktiviti               :

1. Model ini dapat membantu pelajar memahami perbezaan di antara mitosis dan meiosis.

2. Model ini juga dapat membantu pelajar mengetahui dan memahami proses pindah silang dengan mudah.

Hasil pembelajaran       :     Pelajar tingkatan 4 harus dapat…

1. Menerangkan menerangkan perbezaan diantara mitosis dan meiosis; dan

2. Menyatakan proses pindah silang di dalam meiosis

Umur sasaran khusus  :     Pelajar biologi dan sains teras tingkatan 4

Saiz kumpulan yang     :     Aktiviti kelas (40 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa              :     2 waktu kelas

Bahan-bahan                  :     Buku teks sains tingkatan 4, gelang getah berlainan warna (merah dan hijau), plastisin, kertas warna, strawboard.

Penyediaan                       :

  • Susun bahan-bahan yang disediakan berpandukan Buku Teks Tingkatan 4 (Bab 3) Muka Surat 58.
  • Murid diarahkan untuk menyatakan perbezaan mitosis dan meiosis dengan berpandukan model yang dihasilkan.

Cara menggunakan model :

  • Pelajar menggunakan model ini untuk menyatakan emat perbezaan proses mitosis dan meiosis.
  • Berdasarkan model yang dibina, pelajar dapat menyatakan empat perbezaan di antara proses mitosis dan meiosis.

Foto aktiviti                     :

gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4

 

Kumpulan 4 “Wheel of Chemical Formula”

WOLA_PSB/COL/US/TPDW-Zon Sabah/V1.0/26092014

gambar 0

Diilhamkan oleh;

Cikgu Aaron Alex Raymond (SMK Bum-Bum)

Cikgu Sudirman Bin Nanang (SMK Silabukan)

Cikgu Richeal Phil Thien Kim How (SMK Segama)

Cikgu Supiah Talin (SMK Segaliud)

Mata pelajaran               :     Kimia

Konsep sains                   :     Formula Kimia

Objektif aktiviti              :     Suatu aktiviti berasaskan permainan (games) bagi memperkenalkan formula ion dan membina ion kimia.

Hasil pembelajaran      :

1. Pelajar dapat menulis formula ion; dan

2. Pelajar dapat membina formula kimia bagi sebatian ion.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar kimia tingkatan 4

Saiz kumpulan yang     :     Aktiviti kelas (40 pelajar) ~ 3 orang satu kumpulan

dicadangkan

Jangkaan masa              :     1 waktu kelas

Bahan-bahan                  :     Gelas polistirena, kadbod, pencungkil gigi, kertas warna

Penyediaan                      :

gambar 1

Foto aktiviti                     :

gambar 2

gambar 3

gambar 4

 

 

Kumpulan 5 “Mystery of Neurone”

Mystery of Neurone_PSB/COL/US/TPDW-Zon Sabah/V1.0/26092014

gambar 0

Diilhamkan oleh;

Cikgu Raja Noor Balqhis Binti Raja Shahruzzaman (SMK Sandakan 2)

Cikgu Lim Chiew Jet (SMK St. Michael)

Cikgu Yong Kui Len (SMK Datuk Pengiran Galpam)

Cikgu Wong Kee Boon (SMK Beluran 2)

Cikgu Hasinah Nasihah Binti Kamarul Zaman (SMK Muhibbah)

Mata pelajaran               :     Biologi / Sains Teras

Konsep sains                   :     Sistem saraf manusia

Objektif aktiviti              :     Pelajar dapat membina model neuron yang menggunakan manik pelbagai warna.

Hasil pembelajaran      :     Pelajar tingkatan 4 dapat mengenal pasti bahagian neuron.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar biologi dan sains teras tingkatan 4

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas (40 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa               :     2 waktu kelas

Bahan-bahan                   :     Manik pelbagai warna, benang, plastisin, mounting board, multipurpose tack, penyedut minuman, pita pelekat.

Penyediaan                       :

  • Sediakan bahan seperti yang tersenarai di atas.
  • Rujuk gambar rajah struktur asas neuron di buku teks tingkatan 4, muka surat 24.
  • Pelajar perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk membina model neuron. Masa yang diperuntukkan adalah satu waktu pengajaran.
  • Guru menyediakan kad yang berlabel bahagian-bahagian neuron dan pelajar perlu labelkan bahagian neuron mengikut warna.
  • Kumpulan yang dapat markah tertinggi akan mendapat hadiah.

Foto aktiviti                           :

 gambar 1

gambar 2

 

Kumpulan 6 “Meiosis Puzzle”

Meiosis Puzzle_PSB/COL/US/TPDW-Zon Sabah/V1.0/26092014

gambar 0

Diilhamkan oleh;

Cikgu Au Yong Vun Fei (SMK Kuhara)

Cikgu Nurul Fakri Bin Osman (SMK Batu Sapi)

Cikgu Chin Shea Vui (SMK Tawau)

Cikgu Yeap Chye Fhern (SMK Abdullah II)

Mata pelajaran                :     Biologi / Sains Teras

Konsep sains                    :     Pembahagian sel (Meiosis)

Objektif aktiviti               :     Suatu aktiviti kelas berkenaan dengan pembahagian sel meiosis.

Hasil pembelajaran       :     Pelajar tingkatan 4 harus dapat…

1. menerangkan maksud kromosom, gen dan asid deoksiribonuklleik (DNA);

2. menyatakan maksud meiosis; dan

3. menerangkan proses meiosis.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar biologi dan sains teras tingkatan 4

Saiz kumpulan yang     :     Aktiviti kelas (40 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa              :     2 waktu kelas

Bahan-bahan :

  • Penyedut minuman hitam – 4 batang
  • Penyedut minuman merah – 3 batang
  • Penyedut minuman kuning – 3 batang
  • Premium clip – 4 biji
  • Polistirena / Papan Styrofoam – 1 papan
  • Benang – 20 cm X 4 urat
  • Double sided tape – 1 gulung
  • Riben – 100 cm X 1 urat
  • Riben – 40 cm X 4 urat
  • Gunting
  • Pisau pemotong
  • Papan pemotong

Penyediaan :

  • Polistirena hendaklah dipotong kepada 4 bahagian secara berlekuk.

gambar 1

  • Potong penyedut minuman seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

gambar 2

  • Potong penyedut minuman dengan cutter di bahagian yang boleh bengkok dan sambungkan dengan premium clip di bahagian tengah supaya membentuk “X”.

gambar 3

  • Potong penyedut minuman 3 cm dengan satu hujung berbentuk tajam supaya boleh diselit dalam satu penyedut minuman yang lain.
  • Penyedut minuman merah 3 cm x 4 dan 2 cm x 4.
  • Penyedut minuman kuning 3 cm x 4 dan 2 cm x 4.
  • Potong benang untuk dijadikan gentian gelendong. Di hujung benang dilekatkan “double side tape”.
  • Hujung riben digabungkan supaya menjadi bulatan.

Cara bermain :

Meiosis I

  • Letakkan riben besar yang mewakili membran nukleus ke atas polistirena.
  • Letakkan 4 penyedut minuman yang berbentuk ‘X‘ (kromosom) secara rawak di dalam bulatan riben.
  • Pasangkan kromosom yang sama saiz mewakili kromosom homolog berpasangan.

gambar 4

  • Alihkan riben mewakili membran nukleus hilang dari sel.
  • Tukarkan hujung penyedut minuman dengan pasangannya mewakili berlaku proses pindah silang.

gambar 5

  • Letakkan benang di hujung polistirena untuk menunjukkan pembentukkan gentian gelendong.
  • Susun penyedut minuman di bahagian tengah polistirena yang mewakili satah khatulistiwa.
  • Lekatkan hujung benang yang ada double sided tape pada bahagian tengah penyedut minuman yang mewakili sentromer.
  • Tarik benang ke hujung yang bertentangan hingga sampai ke kutub yang bertentangan.

gambar 6

  • Keluarkan benang menunjukkan gentian gelendong hilang.
  • Pisahkan polistirena kepada dua bahagian.

gambar 7

Meiosis II

  • Lekatkan benang pada polistirena di kedua-dua hujung.
  • Susunkan kromosom pada bahagian tengah polistirena.
  • Tanggalkan klip premium pada penyedut minuman.
  • Lekatkan hujung benang yang ada double sided tape pada setiap penyedut minuman yang mewakili kromatid.
  • Tarik benang supaya penyedut minuman bergerak ke hujung bertentangan.
  • Alihkan benang dan lekatkan 4 riben kecil pada keempat-empat penyedut minuman.
  • Pisahkan polisterena supaya menjadi empat bahagian menunjukkan 4 sel anak terbentuk.
  • Bandingkan hasil aktiviti dengan model asal.

gambar 9

gambar 10

gambar 11

gambar 12

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s