Idea Amalan Sains

Perkongsian Bahan PdP 2 (kump 1/6)

Perkongsian bahan PdP oleh rakan-rakan guru yang menyertai Bengkel Pembangunan Profesionalisme Guru Zon Sabah 2014, anjuran bersama Petrosains dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kredit diberikan kepada guru-guru yang telah membina bahan secara berkumpulan sebagai pereka bentuk/pemilik idea. Jika tuan/puan berminat dengan butiran lanjut mana-mana idea dan bahan secara khusus, boleh berhubung terus dengan pereka bentuk/pemiliknya. Di sini, hanya nama guru dan sekolah mengajar sahaja yang didedahkan demi menjaga privasi guru.

*                    *                    *

Kumpulan 1 “Tindakan Pencucian Sabun”

Kump 1 Zon Sabah 2014_PSB/COL/US/TPDW-Zon Sabah/V1.0/26092014

gambar 0

Diilhamkan oleh;

Cikgu Jasri Bin Jaafar (SMK Bukit Garam 2)

Cikgu Mustamin Bin Lacatta (SMK Taman Fajar)

Cikgu Roszaidi Bin Mamat (SMK Merotai Besar)

Cikgu Mohammad Khairul Bin Pupong (SMK Bukit Garam)

Cikgu Zulkifli Bin Pari (SMK Tungku)

gambar 1

Aktiviti 1 : Congkak Elektron V1.0

Mata pelajaran              :     Kimia

Konsep sains                  :

1. Susunan elektron

2. Pembentukan ion positif

3. Pembentukan ion negatif

Objektif aktiviti              :

1. Pelajar mempelajari cara menulis susunan elektron (petala 1-3)

2. Menentukan jenis ion unsur dan bilangan casnya.

Hasil pembelajaran      :

1. Mengetahui cara menulis susunan elektron dan menggunakan kaedah permainan congkak.

2. Pengelasan ion positif dan negatif dan bilangan casnya.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar kimia

Saiz kumpulan yang     :     Aktivit kelas (40 pelajar) ~ 2 orang satu kumpulan

dicadangkan

Jangkaan masa               :     1 masa

Bahan-bahan                   :     Kadbod, cawan plastik, guli, kertas warna, push pin

gambar 2
“Rajah 1”

Penyediaan                       :

  • Bahan disediakan dengan menyusun cawan plastic seperti dalam gambar rajah 1.
  • Kertas warna digunting dalam potongan segi empat bersaiz kecil. *
  • Tulis unsur logam dan bukan logam di atas kertas warna. *
  • Pelajar akan mengambil potongan daripada guru untuk melaksanakan aktiviti ini.
  • Jika pelajar mendapat unsur logam, pelajar akan mengambil guli berdasarkan nombor proton dan mengisi guli pada baris unsur logam mengikut urutan petala dan peraturannya. Susunan elektron dicatatkan berdasarkan turutan bilangan guli pada cawan. (Contoh: Na: 2.8.1)
  • Untuk pembentukan ion:
    1. Ion positif
      1. Baki guli di cawan terakhir akan dipindahkan melalui (+) pada cawan disebelah hujung kanan baris unsur logam bermaksud debit/tambahkan guli pada cawan terakhir.
    2. Ion negatif
      1. Nilai (-) pada cawan disebelah hujung kanan baris unsur bukan logam bermaksud kredit/ tambahkan guli tersedia pada cawan tersebut kepada cawan terakhir.
  • Nilai Cas + / ̶ sesuatu ion berdasarkan bilangan guli yang didebit dan dikredit.
  • *langkah yang perlu dilakukan oleh cikgu.

gambar 3

Aktiviti 2 : Hidup Archimedes Tenggelam Timbul

Mata pelajaran               :     Sains

Konsep sains                   :     Prinsip Archimedes

Objektif aktiviti              :     Mengaplikasikan Prinsip Archimedes yang berkaitan dengan daya tujah ke atas / daya apungan yang bertindak ke atas sesuatu objek.

Hasil pembelajaran       :     Pelajar dapat menyatakan Prinsip Archimedes menggunakan model kapal selam.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar sains tingkatan 5

Saiz kumpulan yang     :     Aktivit kelas (30-40 pelajar) ~ 6 orang satu kumpulan

dicadangkan

Jangkaan masa              :     2 waktu kelas

Bahan-bahan                 :     Botol, belon, salur getah, polistirena, kertas warna, pam tangan

gambar 4

Nota :

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila suatu objek direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir daya tujah yang bertindak ke atas objek itu adalah sama dengan berat bendalir yang disesarkan

Penyediaan :

  • Tebuk penutup botol dan masukkan salur getah sepanjang 1m.
  • Ikat belon pada hujung salur getah dan masukkan ke dalam botol tersebut.
  • Sambungkan hujung salur getah yang lain menggunakan pam tangan.
  • Buat lubang pada belakang botol untuk membolehkan air keluar dan masuk melalui lubang tersebut.
  • Letakkan botol(model kapal selam) yang telah siap di dalam singki yang dipenuhi air (aktiviti dilakukan di dalam makmal).
  • Biarkan air memasuki botol melalui lubang yang terdapat di belakang botol. Tunggu sehingga botol tenggelam sepenuhnya.
  • Selepas botol tenggelam sepenuhnya, arahkan pelajar untuk memulakan pengepaman menggunakan pam tangan yang telah disambungkan dengan salur getah tersebut.
  • Teruskan pengepaman sehingga botol tersebut timbul semula.

Perbincangan     :      Terangkan mengapa botol tersebut tenggelam dan timbul semula melalui penggunaan prinsip Archimedes.

gambar 5

Aktiviti 3 : Mutanerous Prime

Mata pelajaran              :     Biologi

Konsep sains                  :     Mutasi Kromosom

Objektif aktiviti             :     Analisis jenis-jenis mutasi kromosom

Hasil pembelajaran     :

1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis mutasi kromosom.

2. Pelajar dapat menerangkan mutasi kromosom.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar biologi tingkatan 5

Saiz kumpulan yang      :     Aktivit kelas (40 pelajar) ~ 2 orang satu kumpulan

dicadangkan

Jangkaan masa              :     1 waktu kelas

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif            :

1. Menganalisis

2. Membuat keputusan

3. Membuat gambaran mental

4. Menganalogi

Bahan-bahan                 :     Kertas berwarna, penyepit baju, kadbod, bahan-bahan hiasan

gambar 6

Nota :

Jenis-jenis mutasi kromosom

  • Penyelapan : Sebahagian kromosom hilang
  • Penggandaan : Sebahagian kromosom mengganda
  • Penyongsangan : Urutan kromosom berubah
  • Translokasi : Kromosom terputus dan berpindah

Arahan penggunaan    :

  • Pelajar diminta menukarkan kedudukan penyepit baju yang mewakili susunan gen dalam kromosom berdasarkan penerangan jenis-jenis mutasi kromosom yang diberikan.
  • Pelajar diminta menyatakan istilah dan terminologi bagi jenis-jenis mutasi kromosom tersebut.

gambar 7

Aktiviti 4 : Botol Guy Lussac

Mata pelajaran            :     Fizik

Konsep sains                :     Hukum Tekanan

Objektif aktiviti           :

1. Memahami konsep Hukum Tekanan.

2. Memahami konsep kinetik jirim.

Hasil pembelajaran   :

1. Pelajar dapat membina model Hukum Tekanan.

2. Pelajar dapat memahami tekanan bertambah apabila suhu bertambah dengan isipadu gas tetap.

3. Pelajar dapat melihat perkaitan antara suhu dengan tekanan dalam bekas yang tetap.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar fizik tingkatan 4

Saiz kumpulan yang     :     Aktivit kelas (30 pelajar) ~ 3 orang satu kumpulan

dicadangkan

Jangkaan masa              :     2 waktu kelas

Bahan binaan                 :     Botol mineral, gam epoksi atau gam gajah, tiub picagari

Bahan aktiviti                 :     Bikar besar 500mL / baldi, air panas, termometer, air paip, kain / tuala atau satung tangan

gambar 8

Nota : Pengenalan – Murid perlu memahami hukum-hukum gas, salah satunya ialah hukum tekanan. Aktiviti ini direka untuk memudahkan murid memahami konsep hukum tekanan isipadu bekas tetap.

gambar 9

Arahan penggunaan    :

  • Pastikan picagari pada bacaan sifar
  • Isikan baldi dengan air paip 1000 mL
  • Tuang air panas dan kacau perlahan-lahan sehingga suhu mencapai 40°C

# Awas : Berhati-hati mengendalikan air panas.

  • Masukkan botol ke dalam baldi dan perhatikan perubahan pada picagari dan catatkan
  • Ulangkan langkah 1-4 dengan menukar bacaan suku cecair kepada 50°C, 60°C, 70°C, dan 80°
  • Catatkan keputusan dalam jadual seperti berikut :

gambar 10

  • Lukiskan graf perubahan kenaikan picagari dan suhu.

gambar 11

  • Murid membuat kesimpulan.
  • Murid dapat melihat perkaitan antara suhu dan tekanan pada isipadu gas yang tetap.

gambar 12

Aktiviti 5 : Pen Tiga Warna

Mata pelajaran            :     Sains

Konsep sains                :     Struktur atom dan isotop

Objektif aktiviti           :    

1. Memperkenalkan struktur atom;

2. Mengetahui kedudukan zarah-zarah sub-atom;

3. Mengetahui konsep nombor nukleon;

4. Pelajar dapat menunjukkan nombor nukleon;

5. Murid dapat mengetahui konsep isotop dan sara mengenalinya.

        Hasil pembelajaran    :

1. Membina dan melukis struktur atom;

2. Melabel struktur atom dengan betul;

3. Mengenal unsur / zarah sub-atom yang membentuk nombor nukleon;

4. Mengenal unsur-unsur yang merupaka isotop nombor nukleon

Umur sasaran khusus  :     Pelajar sains tingkatan 4 (murid yang lemah)

Saiz kumpulan yang     :     Aktivit kelas (40 pelajar) ~ 2-3 orang satu kumpulan

dicadangkan

Jangkaan masa              :     2 waktu kelas

Bahan-bahan                  :     Pen marker, cawan polistirena, tongue depressor atau kayu ais krim, helaian kerja

gambar 13

Nota : Pengenalan – Mengenal pasti zarah-zarah sub-atom dan mengaitkan bilangan proton, bilangan elektron, nombor proton dan nombor nukleon tidak mudah untuk murid yang lemah asas sains. Kaedah ringkas ini direka untuk murid yang lemah. Murid dapat mengenal zarah-zarah sub-atom dan kedudukan dalam struktur atom. Murid dapat menghubungkait proton dan neutron dalam membentuk nombor nukleon. Permainan ini juga dapat membantu murid untuk mengenal dan memahami konsep isotop.

Penyediaan :

  • Murid diberikan cawan polisterene yang berisi kayu dan pen marker
  • Murid diminta menulis perkataan:-

a) Proton – kayu warna merah

b) Elektron – kayu warna kuning

c) Neutron – kayu warna hijau

  • Bahagian belakang kayu digaris sehingga membentuk enam bahagian.
gambar 14
“Bahagian hadapan”
  • Setiap bahagian dilabelkan pada sudut atas kiri dengan abjad a.b.c.d.e.f
gambar 15
“Bahagian belakang”
  • Hasil setiap kayu seperti berikut :

gambar 16

  • Setiap petak diisi dengan nombor dan abjad seperti di atas.

Bahagian Aktiviti 1 –Mengenal pasti kedudukan zarah-zarah sub-atom

  • Murid diberikan lembaran kerja 1
  • Murid diminta meletakkan kayu pada kedudukan seperti rajah berikut :

gambar 17

  • Murid diminta untuk membuat kesimpulan dan deduksi berdasarkan aktiviti yang dibuat.

a) Murid perlu mengetahui kedudukan electron, proton dan neutron.

  • Murid diminta melukis struktur asas atom dengan kedudukan sub atom yang betul.

Bahagian Aktiviti 2 – Aktiviti Lanjutan

  • Murid diminta melihat bahagian belakang kayu yang bernombor.
  • Murid diminta memenuhkan Jadual 1 dalam Lembaran Kerja 2, berdasarkan abjad yang sama :
gambar 18
“Jadual 1”
  • Murid melukis atom a,b,c,d,e,f dengan kedudukan dan bilangan sub-zarah atom yang betul.
  • Murid menjawab soalan yang diberikan.

Bahagian Aktiviti 3 – Pengukuhan

  • Murid mampu melukis struktur atom dengan kedudukan sub-zarah yang betul.
  • Murid mengetahui kedudukan proton, elektron dan neutron.
  • Murid mengetahui konsep nombor nukleon.
  • Murid memahami konsep isotop.

gambar 19

Lembaran Kerja 1

  • Letakkan kayu ___________ pada kedudukan seperti rajah dibawah :

gambar 20

  1. Nyatakan kedudukan Elektron : ­­­­____________
  2. Nyatakan kedudukan Proton    : ­­­­____________
  3. Nyatakan kedudukan Neutron : ­­­­____________
  • Lukis satu rajah atom yang mempunyai maklumat berikut:
  1. Elektron : 2 elektron
  2. Proton : 2 pronton
  3. Neutron : 2 neutron

gambar 21

Lembaran Kerja 2

  • Lengkapkan jadual berikut :

gambar 22

  • Lukis setiap a, b, c, d, e, f.

gambar 23

Soalan Pengukuhan

  • Atom manakah yang mempunyai nombor proton yang sama?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

  • Apakah perbezaan atom-atom yang mempunyai nombor proton yang sama?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

  • Atom yang mempunyai nombor proton sama memiliki nombor nukleon berbeza. Mengapa?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

  • Apakah nama lain bagi atom yang mempunyai nombor proton yang sama?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s