Idea Amalan Sains

Aktiviti Amali Kreatif – My Forsche

my forsche

Peserta bersesuaian            :     40 orang (kerja berpasangan)

Objektif pembelajaran        :     Amali yang berpusatkan pengaplikasian daya terhasil daripada tindakbalas antara asid dengan alkali.

Topik sains berkenaan       :     Asid dan Alkali, Tekanan Udara, Daya, Kestabilan

Tempoh masa                         :     60 min

Cadangan tempat                  :     Dalam / luar bilik darjah

Maklumat am tentang aktiviti…

1. Pendahuluan

Aktiviti ini adalah terbitan daripada aktiviti yang cukup popular iaitu ‘letusan gunung berapi’.

volcano

Versi lain aktiviti dengan konsep sains yang agak serupa ialah aktiviti ‘roket berbuih’.

canister

Apabila bahan asid dan alkali (atau bes; guru boleh gunakan mana-mana istilah / atau jelaskan istilah yang lebih tepat bersesuaian dengan peringkat pengetahuan pelajar) bertemu, suatu tindakbalas cenderung untuk berlaku demi menstabilkan pencampuran kedua-dua bahan itu. Merujuk kepada tindakbalas antara serbuk soda dengan cuka, hasil tindakbalas hadir dalam ketiga-tiga fasa jirim iaitu pepejal, cecair, serta gas.

Pemahaman berkenaan ketiga-tiga fasa jirim ini adalah, pergerakan partikel menjadi lebih rawak dan bertenaga dari pepejal kepada gas. Ini disokong oleh Teori Kinetik yang menyatakan bahawa partikel gas bergerak secara rawak. Maka, gas memenuhi lebih banyak ruang berbanding dua fasa jirim lagi. Apabila gas terhasil dalam ruang yang tertutup, bekas yang menyimpannya akan mengembang. Secara segera atau beransur-ansur, bekas itu akan meletus untuk menyeimbangkan tekanan dalam bekas dengan sekeliling.

 

2. Bahan-bahan

*Untuk penyumbat getah, gunakan yang bersaiz 19.

bahan

3. Penyedian pra-aktiviti

Item 1

tiub plastik

Sediakan tiub plastik ; pisahkan penutupnya dan tanggalkan pembalut tiub. Sediakan sebanyak 20 unit.

Item 2

vinegar and bottle

Sediakan cuka : botolkan lebih kurang sebanyak 120ml. Sediakan sebanyak 10 unit.

Item 3

kadbod kedut

Sediakan kadbod kedut : potongkan kepada saiz 6″ x 6″. Sediakan sebanyak 20 unit.

4. Aktiviti

– Bentukkan 4 roda menggunakan kadbod kedut. Setiap satunya berdiameter 5 atau 6 cm.

– Masukkan lidi ke dalam penyedut minuman yang dipotong kepada panjang kira-kira 5 atau 6 cm. Lidi tersebut tentunya perlu lebih panjang, kira-kira 7 cm. Lidi ini akan memegang kedua-dua roda kiri dan kanan. Maka, diperlukan sebanyak 2 batang lidi; untuk pasangan roda hadapan dan pasangan roda belakang.

– gunakan sedikit gam panas untuk melekatkan penyedut minuman kepada tiub. Gam panas boleh juga digunakan untuk mengukuhkan sambungan lidi dengan roda.

– masukkan serbuk soda (untuk dieksperimen jumlahnya; guru boleh buat pendekatan berstruktur iaitu tetapkan jumlahnya, atau serah kepada pelajar untuk ujikaji sendiri) ke dalam tiub.

– Apabila dipicitkan (supa lebih cepat berbanding dituang) ke dalam tiub oleh pelajar kedua, pelajar pertama yang memegang tiub dengan sebelah tangan dan penyumbat getah pada sebelah tangan lagi, akan segera menyumbat tiub dengan getah.

– Hampir serentak dengan itu, si pelajar pertama akan meletakkan kereta My Forsche nya itu dengan bahagian belakang (hujung yang berpenyumbat getah) disandarkan rapat ke dinding atau sebarang objek berat, termasuk boleh disandarkan ke kasutnya asalkan kakinya tidak digerakkan. Langkah ini perlu dibut dengan pantas.

– Guru kemudiannya boleh meminta pelajar memerhatikan beberapa perkara, termasuk hubungkait antara jumlah bahan tindakbalas (cuka dan serbuk soda) yang digunakan dengan jarak gerakan kereta.

 

Sumber : Modul Pembangunan Profesionalisme Guru PETROSAINS. PSB/ORL/SS/MIA/V2.0/22122011

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s