Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

6a. Menafsir

bamboo
“Menafsir ialah proses mengesan corak atau hubungan yang ada dalam maklumat yang diperolehi. Proses ini melibatkan pelakunya membuat sesuatu pernyataan berkenaan hubungan antara sesuatu maklumat dengan maklumat lain.”

Dari segi susun atur proses sains secara linear, proses sains menafsir berlaku sesudah proses sains menyiasat / mengeksperimen.

Berhipotesis      Merancang      Menyiasat      Menafsir

 

Proses sains Berhipotesis dan Menafsir mempunyai perkaitan yang amat rapat, justeru dicetak dengan warna yang sama.

Seseorang yang telah melalui proses sains berhipotesis, merancang, dan menyiasat, akan menafsir hasil siasatannya sebagai kelangsungan proses sains secara linear. Produk bagi proses sains menafsir ialah suatu pernyataan tafsiran.

Sesuatu pernyataan hipotesis dan pernyataan tafsiran boleh jadi adalah pernyataan yang sama; berbeza hanya pada langkah mana ia dibuat. Contoh pernyataan hipotesis adalah seperti berikut :

“Kehadiran garam merendahkan suhu ais”

Pernyataan contoh di atas juga boleh disebut sebagai pernyataan tafsiran sekiranya dilahirkan selepas sesuatu penyiasatan. Cuba renung kembali bahawa setelah sesuatu amali makmal dibuat, dalam laporan ditulis sekurang-kurangnya ‘hipotesis diterima/ditolak’.

Ini juga bermaksud bahawa, sesuatu pernyataan tafsiran seseorang boleh dipinjam sebagai pernyataan hipotesis seseorang lain yang ingin menentukan kesahihan pernyataan tersebut. Apabila hal ini berlaku, ia berubah daripada sebuah pernyataan tafsiran menjadi pernyataan hipotesis; kembali ke kitaran awal proses sains sebelum penyiasatan.

rajah
“Rajah ringkas aliran linear beberapa proses sains terpilih – rajah contoh sebagai rujukan aliran proses sains”

*                    *                    *

Contoh am 1

milk powder

Susu adalah antara barangan keperluan harian yang biasanya dibeli setelah perbandingan harga jualan tawaran oleh kedai-kedai setempat dibuat. Didapati bahawa kedai barangan bayi menawarkan harga susu bayi yang lebih rendah berbanding kedai barangan harian.

Tindakan mengenal hubungan antara kedai barangan bayi dengan harga susu bayi yang lebih rendah berbanding kedai barangan harian ialah proses sains menafsir.

 

Contoh am 2

little girls

Adibah dan Hasliza adalah dua sekawan. Adibah beranggapan bahawa Hasliza ikhlas dalam persahabatan mereka selama ini kerana sering membantunya dalam kesusahan.

Tindakan Adibah menyedari hubungan antara bantuan yang sering dihulurkan Hasliza ketika beliau dalam kesusahan dengan keikhlasan Hasliza dalam persahabatan mereka selama ini ialah proses sains menafsir.

 

Contoh am 3

newspaper

Setiap kali paparan berita di muka hadapan akhbar adalah berkenaan dengan jerebu, beberapa hari berikutnya masalah tersebut nampak seperti pulih seketika. Setelah itu, jerebu seperti muncul semula seolah-olah sesuatu tindakan hanya diambil apabila liputan utama diberikan berkenaannya.

Tindakan mengenal hubungan antara paparan berita di muka hadapan akhbar dengan pengurangan masalah jerebu tersebut ialah proses sains menafsir.

 

Contoh kurikulum 1 KBSR

eiffel

Ruj : Science Year 5. Unit 12, Strength and Stability. Pg 118.

Rohaizad dan keluarganya melancong ke Eropah. Mereka melawat ke beberapa bangunan pencakar langit terkenal di dunia di sana dan mendapati bangunan-bangunan tersebut bertapak luas. Adiknya memberitahu tapak yang luas memberikan kestabilan kepada bangunan, sebagaimana kekuda dalam seni mempertahankan diri yang dipelajarinya.

Tindakan adik Rohaizad mengenal hubungan antara keluasan tapak bangunan pencakar langit dengan  kestabilannya tersebut ialah proses sains menafsir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s