Idea Amalan Sains

Aktiviti Amali Kreatif – KelaCar [Kelapa Car]

pic0

Peserta bersesuaian            :     40 orang (kerja kump, 4 sekumpulan)

Objektif pembelajaran        :     Meneroka seni dan sains di sebalik membina kenderaan menggunakan daun kelapa.

Topik sains berkenaan       :     Tenaga, Geseran

Tempoh masa                         :     90 min

Cadangan tempat                  :     Luar bilik darjah

Maklumat am tentang aktiviti…

1. Pendahuluan

Pokok kelapa dikenali selama berabad lamanya untuk pelbagai kegunaan. Malahan, kesemua bahagian pokok kelapa – daripada akar sehinggalah kepada pucuk – telah menjadi sebati dengan kehidupan seharian kita di Malaysia dan dengan orang-orang yang tinggal di kawasan beriklim sama.

Dalam aktiviti ini, satu idea dibawakan bertujuan supaya kita dapat melihat suatu kegunaan satu bahagian pokok kelapa sebagai bahan untuk menyokong pnp sains. Daun dan lidinya boleh direka bentuk menjadi kenderaan yang dapat bergerak menuruni landasan cerun buatan atau semulajadi (bukit kecil). Kanak-kanak atau pelajar akan dapat meneroka atau mengeksperimen beberapa pembolehubah yang ada, misalnya bilangan roda, berat kenderaan, dan lain-lain dan mencuba melihat kenderaan yang dapat bergerak dengan lebih jauh tanpa terbalik sebagai motivasi penglibatan.

KelaCar adalah nama aktiviti ini yang merupakan kependekan bagi ‘Kelapa Car’. KelaCar menekankan tentang sains berkenaan tenaga dan geseran. Topik-topik sains lain yang mungkin berkaitan adalah momentum dan inersia.

2. Bahan diperlukan

Pelepah kelapa
Pelepah kelapa
pic2
Pisau bilah
Getah gelang
Getah gelang

3. Penyedian bahan

Memproses pelepah kelapa : Pisahkan daun daripada lidinya kira-kira 2 jam sebelum aktiviti. Atau, guru boleh ajak pelajar buat bersama jika bersesuaian. Sediakan kira-kira 10 helai/jalur daun untuk satu rekaan kereta.

4. Semasa aktiviti

pic5

4.1 Ambil sepuluh helai/jalur daun dan basuhkan untuk membersihkan daripada debu atau tanah. Lapkan menggunakan tuala atau kertas tisu.

pic6

4.2 Pisahkan daun daripada lidinya.

pic7

4.3 Kikiskan bahagian lidi yang masih berdaun.

pic8

4.4 Keratkan kira-kira seinci panjang lidi daripada bahagian hujung tebal.

pic9

4.5 Sediakan sebanyak sepuluh batang untuk satu rekaan kereta.

4.6 Sementara itu, bermula daripada hujung nipis/lembut lidi, keratkannya kira-kira sejengkal setengah untuk dibuat pengikat/tali.

4.7 Rekabentuk asas kereta adalah seperti dibawah; perhatikan penggunaan bahan-bahan yang telah disediakan tadi.

pic0

4.8 Roda dibuat dengan menggulung helaian/jalur daun daripada hujung sempit ke hujung lebar. Akhiri dengan mengikat roda dengan getah supaya gulungan daun yang membentuk roda tidak terbuka.

4.9 Sediakan landasan yang boleh dicondongkan pada pelbagai kecondongan. Atau, boleh gunakan bukit-bukit kecil yang rata dan licin untuk melancarkan kereta ini.

pic10

Nota : Aktiviti ini akan menjadi agak mencabar bagi kanak-kanak tahap 1 ke bawah kerana…

1. kemahiran manipulatif yang masih terhad untuk membuat ikatan menggunakan lidi lembut yang mungkin sedikit rapuh/mudah putus;

2. melibatkan penggunaan pisau yang perlu diberi perhatian rapi oleh guru.

Selamat mencuba!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s