Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

5b. Penyiasatan Saintifik [Mengeksperimen]

"Menyiasat atau mengeksperimen adalah lagkah terpenting dalam amalan saintifik dan proses sains"
“Menyiasat atau mengeksperimen adalah langkah terpenting dalam amalan saintifik dan proses sains. Jika demikian, kita sebagai guru perlu amat bersedia untuk mendidik anak murid berkenaan proses sains ini”

Menyiasat juga adalah bermaksud mengeksperimen. Penyiasatan adalah satu peringkat dalam proses sains, bahkan boleh didebatkan adalah peringkat terpenting dalam sesuatu proses sains [PULSAR 1994]. Jika tujuan sains adalah membuktikan pandangan ke atas alam hasil interaksi dengannya, kita justeru dapat membahaskan bahawa peringkat terpenting dalam proses ini ialah pembuktiannya.

Menyiasat adalah satu peringkat khusus dalam proses sains, iaitu satu peringkat pengawalan pembolehubah. Terdapat sekurang-kurangnya dua pembolehubah yang perlu dikenalpasti dalam sesuatu pernyataan hipotesis iaitu pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah diukur. Jangan dilupa bahawa proses sains berhipotesis terhenti sekadar di peringkat melahirkan pernyataannya. Peringkat berikutnya iaitu menentukan pembolehubah-pembolehubah yang perlu untuk ujikaji ialah proses sains merancang penyiasatan, sebelum datangnya peringkat penyiasatan atau eksperimen.

Berhipotesis      Merancang      Menyiasat

*                    *                    *

Contoh am 1

cerek

Ibu mertua sudah sampai dari kampung dan kita bergegas ke dapur untuk menyediakan air. Supaya air mendidih dengan cepat, kita besarkan api yang memanaskan cerek dapur.

Tindakan memanipulasi api tersebut ialah proses sains menyiasat/mengeksperimen. Pembolehubah dimanipulasinya ialah saiz api, pembolehubah bergerak balasnya ialah tempoh masa air dimasak, sementara pembolehubah malarnya ialah saiz cerek yang tetap.

 

Contoh am 2

tv

Bunyi bising gerudi dari rumah jiran membuatkan kita menguatkan suara televisyen untuk terus mengikuti rancangan berita. Dengan ini, berita yang disampaikan dapat didengari dengan jelas.

Tindakan memanipulasi kenyaringan suara televisyen tersebut ialah proses sains menyiasat/mengeksperimen. Pembolehubah dimanipulasinya ialah kenyaringan suara televisyen, pembolehubah bergerak balasnya ialah kejelasan suara televisyen yang didengari, sementara pembolehubah malarnya ialah kebisingan gerudi jiran.

 

Contoh am 3

basikal

Seorang anak remaja mengayuh basikal berseorangan di waktu malam – mungkin kerana emak memintanya membelikan barangan di kedai runcit di hujung kampung. Apabila si anak remaja melalui kawasan semak yang gelap dan menyeramkan, dia terus memecut pergi sederas yang mungkin!

Tindakan si anak remaja memanipulasi kayuhan basikalnya menjauhi tempat tersebut ialah proses sains menyiasat/mengeksperimen. Pembolehubah dimanipulasinya ialah menjauhi tempat menyeramkan tersebut, pembolehubah bergerak balasnya ialah rasa seram anak remaja tersebut (yang semakin berkurangan apabila dia menjauhi tempat itu), sementara pembolehubah malarnya ialah keseraman kawasan semak yang gelap itu.

 

Contoh kurikulum 1 KBSR

Ruj : Sains Tahun 4. Unit 5, Bahan. Hal 76.

gelas

Rahmah teringat guru sainsnya pernah memberitahu bahawa bayang-bayang objek lutsinar akan semakin cerah apabila sumber cahaya yang digunakan adalah semakin cerah. Rahmah menyuluhkan sebiji gelas (lutcahaya) berisi air (kini menjadi lutsinar kerana mengandungi air) dengan lampu suluh pelbagai kadar kecerahan dan memerhatikan bayang-bayang yang terbentuk. Beliau mendapati apa yang dikatakan oleh cikgunya itu benar berlaku.

Tindakan Rahmah memanipulasi kecerahan sumber cahaya dalam ujikaji tersebut ialah proses sains menyiasat/mengeksperimen. Pembolehubah dimanipulasinya ialah kecerahan sumber cahaya, pembolehubah bergerak balasnya ialah kecerahan bayang-bayang, sementara pembolehubah malarnya ialah objek yang digunakan iaitu sebiji gelas lutcahaya berisi air (kini objek ini menjadi lutsinar dengan kehadiran air).

 

Contoh kurikulum 2 KBSR

Ruj : Science Year 6. Unit 7, Machines. Pg 106.

pintu

Pintu bilik kakak selalu tertutup dengan sendirinya kerana dipasangkan kepada rangka pintu secara tidak betul. Kakak meletakkan penyendal pada kaki pintu untuk menghalangnya daripada tertutup dengan sendirinya.

Tindakan kakak memanipulasi penyendal pada pintu yang bergerak tersebut ialah proses sains menyiasat/mengeksperimen. Pembolehubah dimanipulasinya ialah kehadiran penghalang pintu daripada bergerak, pembolehubah bergerak balasnya ialah pergerakan pintu, sementara pembolehubah malarnya ialah rangka pintu tidak betul yang belum dibaiki itu.

 

Ruj : [PULSAR 1994] Modul 2 PULSAR : Kemahiran Saintifik, m/s 17.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s