Idea Amalan Sains

Perkongsian Bahan PdP 1

Perkongsian bahan PdP oleh rakan-rakan guru yang menyertai Bengkel Pembangunan Profesionalisme Guru Zon Selatan 2014, anjuran bersama Petrosains dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kredit diberikan kepada guru-guru yang telah membina bahan secara berkumpulan sebagai pereka bentuk/pemilik idea. Jika tuan/puan berminat dengan butiran lanjut mana-mana idea dan bahan secara khusus, boleh berhubung terus dengan pereka bentuk/pemiliknya. Di sini, hanya nama guru dan sekolah mengajar sahaja yang didedahkan demi menjaga privasi guru.

 

*                    *                    *

Kumpulan 1 “Tindakan Pencucian Sabun”

Tindakan Pencucian Sabun_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

gambar 0
“Ahli-ahli kumpulan 1 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Fariza Syahida Binti Wahid (SMK Pasir Gudang, Johor)

Cikgu Norizan Binti Yaman (SMK Seri Tanjung, Melaka)

Cikgu Nazlin Binti Ab. Rahman (SMK Tun Mutahir, Melaka)

Cikgu Juliana Binti Junus (SMK Tun Tuah, Melaka)

Mata pelajaran                :     Kimia

Konsep sains                    :     Tindakan pencucian sabun

Objektif aktiviti               :     Menerangkan tindakan pencucian sabun menyatakan cici-ciri komponen molekul sabun.

Hasil pembelajaran       :     Pelajar tingkatan 5 harus dapat menyatakan definisi istilah-istilah tindakan pencucian sabun seperti berikut :

1. Hidrofilik

2. Hidrofobik

        Umur sasaran khusus  :     Pelajar sains tingkatan 5

Saiz kumpulan yang      :     40 orang

dicadangkan

Jangkaan masa                :     2 masa

gambar 1 gambar 2

gambar 3
Rajah

Penyediaan :

1. Gris diwakili oleh plastisin manakala molekul sabun diwakili oleh jarum.

2. Bahagian kepala jarum mewakili hidrofobik.

3. Apabila sabun ditambah ke dalam air, jarum ditekan pada plastisin menunjukkan bahagian hidrofobik larut dalam gris. (Aras 1 Rajah)

4. Apabila air dikocokkan, plastisin akan tertanggal. Ini mewakili gris tertanggal daripada permukaan kain. (Aras 2 Rajah)

5. Plastisin telah tertanggal daripada permukaan kain dan menjadi pecahan kecil. Ini menunjukkan gris telah tertanggal dan disingkirkan. (Aras 3 Rajah)

*                    *                    *

Kumpulan 2 “Model Menara Kehidupan”

Model Menara Kehidupan_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

"Ahli-ahli kumpulan 2 bengkel"
“Ahli-ahli kumpulan 2 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Siti Salwa Binti Mohd Supir (SMK Sri Mersing)

Cikgu Sabariah Binti Mahadi (SMA Assaiyidah Khadijah)

Cikgu Zaimah Binti Abdul Hamid (SMK Tun Syed Zahiruddin)

Cikgu Effadilah Mohd Shaari (SMK Simpang Bekoh)

Mata pelajaran                 :     Sains / Biologi

Konsep sains                     :     Sistem dalam badan manusia

Objektif aktiviti                :     Pelajar membina sendiri model satu sistem dalam badan manusia

Hasil pembelajaran        :     Pelajar dapat mengenalpasti sistem yang terdapat dalam badan manusia.

Umur sasaran khusus   :     13 – 17 tahun

Saiz kumpulan yang       :     1 kelas (3 – 4 pelajar dalam satu kumpulan)

dicadangkan

Jangkaan masa                :     2 masa (80 minit)

Bahan-bahan                    :     Mounting board, pensel warna, ‘kitchen roll’, kertas warna saiz A4, gam, gunting, sticky dot, pisau, pita warna, (gambar sistem badan jika perlu)

gambar 1

gambar 2

gambar 3

Aktiviti 1 : Membina Model

1. Potong mounting board dengan saiz 20cm x 20cm sebagai tapak model.

gambar 4

2. Gamkan kitchen roll di tengah-tengah tapak mounting board secara menegak.

gambar 5

3. Sediakan / lukiskan gambar semua sistem badan manusia pada kertas warna bersaiz A4 (sekurang-kurangnya 5 daripada 11 sistem dalam badan manusia).

4. Gulungkan kesemua kertas warna pada langkah 3 pada kitchen roll secara berlapis-lapis.

Aktiviti 2 : Cara Menggunakan Model

1. Guru perlu menarik (tanggalkan keluar) salah satu kertas warna tadi.

2. Kemudian, minta beberapa pelajar untuk menamakan sistem pada kertas warna tersebut (lembaran aktiviti – tidak disediakan).

*                    *                    *

Kumpulan 3 “Radioactive Drive-Thru”

Radioactive Drive-Thru_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

"Ahli-ahli kumpulan 3 bengkel"
“Ahli-ahli kumpulan 3 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Norhabibah Binti Sumari (SMK Tengku Aris Bendahara)

Cikgu Nor Fadzilah Binti Zanil (SMK Taman Nusa Jaya)

Cikgu Nurul Liyana Binti Kamarudin (SMK Dato’ Sulaiman)

Cikgu Masziana Binti Hussin (SMK Seri Lalang)

Mata pelajaran               :     Sains

Konsep sains                   :     Tenaga nuklear

Objektif aktiviti              :     Memahami bahan radioaktif

Hasil pembelajaran      :     Memahami sifat kuasa penembusan sinaran radioaktif

Umur sasaran khusus  :     Pelajar ting. 4

Saiz kumpulan yang     :     Satu kelas

dicadangkan

Jangkaan masa              :     1 masa

Bahan-bahan                  :     Mounting board, pen / pensel warna, pembaris, kertas warna saiz A4, gam, gunting, bola ping pong, guli besar, guli kecil

gambar1

gambar2

Aktiviti :

1. Letakkan tiga jenis bola yang berbeza saiz.

2. Biarkan tiga-tiga bola bergolek.

3. Perhatikan tempat di mana bola itu tersekat.

4. Rekodkan keputusan pada jadual yang disediakan.

Rajah
Rajah

Untuk bahagian aktiviti ini sila rujuk pada Jadual 1 (Lampiran).

Lampiran :

gambar4

*                    *                    *

Kumpulan 4 “BES Lens (Big-equals-small-lens)”

BES Lens_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

"Ahli-ahli kumpulan 4 bengkel"
“Ahli-ahli kumpulan 4 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Siti Mariam Binti Hamis (SMK Naning)

Cikgu Salmi Haryah Binti Mat Hussin (SMK Tengku Temenggung Ahmad)

Cikgu Nazalia Binti Lokman (SMK Pulau Sebang)

Cikgu Shakirah Binti Mat Saad (SMK Sultan Alauddin)

Mata pelajaran                :     Fizik (Bab 5: Cahaya – Tingkatan 4) Sains (Bab7: Cahaya, Warna dan Penglihatan – Tingkatan 4)

Konsep sains                    :     Pembiasan cahaya (Pembentukan imej oleh kanta cembung)

Objektif aktiviti               :     Pelajar dapat menentukan ciri-ciri imej yang terbentuk apabila cahaya melalui kanta cembung.

Hasil pembelajaran       :     Pelajar dapat mengetahui bahawa ciri-ciri imej yang terbentuk adalah berbeza apabila kedudukan objek berubah walaupun menggunakan jenis kanta yang sama.

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas (40 orang pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa               :     1 atau 2 waktu kelas

gambar1

gambar2

Lampiran :  

gambar3

*                    *                    *

Kumpulan 5 “Dragon Ball”

Dragon Ball_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

"Ahli-ahli kumpulan 5 bengkel"
“Ahli-ahli kumpulan 5 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Annie Tong Siew May (SMK Seri Bali)

Cikgu Noor Faizatul Fadzlin Binti Motahar (SMK (LKTP) Maokil)

Cikgu Noor Ain Binti Mohd Mastor (SMK Senai)

Cikgu Husliza Binti Husin (SMK Indahpura I)

Mata pelajaran                :     Sains

Konsep sains                    :     Kekerasan aloi

Objektif aktiviti               :     Pelajar membina sendiri bebola tanah liat untuk mengkaji sifat aloi iaitu kekerasan.

Hasil pembelajaran       :

1. Pelajar dapat memahami sifat aloi.

2. Pelajar dapat menghubungkaitkan antara sifat aloi dengan susunan zarahnya.

Umur sasaran khusus  :     Pelajar sains tingkatan 4

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas (30 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa               :     2 waktu kelas

Bahan-bahan                   :     Tanah liat, manik, guli, cawan polisterin, kertas keras, pembaris.

gambar1

gambar2

gambar3

Aktiviti :

1. Bulatkan tanah liat.

2. Ulang langkah 1 dengan mencampurkan manik dengan tanah liat.

3. Lepaskan kedua-dua bebola tanah liat pada ketinggian yang sama.

4. Ukur diameter permukaan rata yang terhasil pada permukaan kedua-dua bebola tanah liat.

*                    *                    *

Kumpulan 6 “Sistem Pergerakan Sebuah Basikal”

Sistem Pergerakan Sebuah Basikal_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

gambar0
“Ahli-ahli kumpulan 6 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Norfauzi Bin Mahzan (SMK Pernu)

Cikgu Mohd Faiz Bin Thalas (SMK Tun Haji Abdul Malek)

Cikgu Mohd Kamarul Hafiz Bin Abdul Rashid (SMK Ade Putra)

Cikgu Mohd Ramzan Bin Abu Zarim (SMK Taman Damansara Aliff)

Mata pelajaran                :     Sains

Konsep sains                    :     Gerakan kenderaan di atas darat

Objektif aktiviti               :     Menganalisis gerakan kenderaan di atas darat

Hasil pembelajaran       :     Memerihalkan struktur dan prinsip operasi kenderaan tidak berenjin.

Umur sasaran khusus   :     Pelajar sains tingkatan 5

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas

dicadangkan

Jangkaan masa               :     2 waktu kelas

Pengenalan                       :     Model ini boleh dilakukan jika guru mengalami kekangan untuk membawa model basikal sebenar ke dalam kelas.

Bahan-bahan                   :     Strawboard, penekan lidah, styrofoam, set riben, lidi chopstick, kertas warna, plastisin.

gambar1

gambar2

gambar3Penyediaan :

1. Riben jejari besar dilekatkan pada lubang kanan dan riben jejari kecil pada lubang sebelah kiri atas strawboard.

2. Pasangkan rantai mengelilingi gegancu kecil dan besar.

3. Pasangkan penekan lidah (injak).

4. Pusingkan injak untuk menguji pergerakan rantai.

Aktiviti :

1. Pusingkan injak

2. Perhatikan gegancu besar

3. Perhatikan gerakan rantai

4. Perhatikan genancu kecil

5. Perhatikan hab

6. Hab itu akan menggerakkan tayar basikal

gambar4

*                    *                    *

Kumpulan 7 “Siri Kereaktifan Logam & Penentuan Seks Anak dan Mutasi Kromosom”

 

Kereaktifan Logam, Penentuan Seks Anak dan Mutasi Kromosom_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

"Ahli-ahli kumpulan 7 bengkel"
“Ahli-ahli kumpulan 7 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Mohamad Kamal Bin Kamsun (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail)

Cikgu S Arman Bin Salikin (SMK Lokman Hakim)

Cikgu Salwah Binti Daud (SMK Seri Bemban)

Cikgu Juliana Binti Amin (SMK Permas Jaya)

Aktiviti 1 : Siri Kereaktifan Logam

Mata pelajaran               :     Sains teras

Konsep sains                   :     Konsep siri kereaktifan logam

Objektif aktiviti              :     Memahami siri kereaktifan logam

Hasil pembelajaran      :

1. Menyusun siri kereaktifan logam

2. Mengenalpasti kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam

3. Menyatakan karbon adalah bukan logam

Umur sasaran khusus  :     Pelajar tingkatan 4 dan 5

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas (40 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa               :     1 waktu kelas

gambar1

gambar2

Aktiviti 2 : Penentuan Seks Anak dan Mutasi Kromosom

Mata pelajaran               :     Sains teras

Konsep sains                   :     Penentuan seks anak dan mutasi kromosom

Objektif aktiviti              :     Memahami penentuan seks anak dan mutasi kromosom

Hasil pembelajaran      :

1. Menerangkan maksud kromosom seks

2. Menerangkan mekanisme penentuan seks anak

3. Menyatakan kromosom seks bagi manusia yang mengalami mutasi kromosom

Umur sasaran khusus  :     Pelajar tingkatan 4 dan 5

Saiz kumpulan yang      :     Aktiviti kelas (40 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa               :     1 waktu kelas

gambar3

gambar4

*                    *                    *

Kumpulan 8 “Roda Warna Impian”

Roda Warna Impian_PSB/COL/US/TPDW-Zon Selatan/V1.0/05092014

"Ahli-ahli kumpulan 8 bengkel"
“Ahli-ahli kumpulan 8 bengkel”

Diilhamkan oleh;

Cikgu Muhamadiah Bin Musa (SMK Sultan Alauddin)

Cikgu Zul-Fidli Bin Mohamad (SMK Dato’ Onn)

Cikgu Zainuddin Bin Homsan (SMK Ungku Hussin)

Cikgu Mohd Nor Firdaus Bin Ngamar (SMK Benut)

Cikgu Darwis Bin Zakaria (SMK …)

Mata pelajaran               :     Sains Teras

Konsep sains                   :     Penambahan warna primer

Objektif aktiviti              :     Sesuatu aktiviti berasaskan amali bilik darjah dan permainan bagi:

1. Memperkenalkan warna-warna primer

2. Memperkenalkan warna-warna sekunder

3. Melatih asas penambahan warna primer dalam menghasilkan warna sekunder

Hasil pembelajaran       :     Pelajar tingkatan 4 harus dapat menyatakan :

1. Warna-warna primer

2. Warna-warna sekunder

3. Campuran warna-warna primer yang terlibat untuk menghasilkan warna sekunder

Umur sasaran khusus  :     Pelajar sains tingkatan 4

Saiz kumpulan yang     :     Aktiviti kelas (40 pelajar)

dicadangkan

Jangkaan masa              :     1 waktu kelas

gambar1

gambar2

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s