Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1di. Kemahiran Proses : Definisi dan Contoh

"Guru mempunyai peluang yang lebih besar untuk membina kemahiran proses di kalangan pelajar secara berkesan dengan memahami definisi setiap satu kemahiran secara terpisah"
“Guru mempunyai peluang yang lebih besar untuk membina kemahiran proses di kalangan pelajar secara berkesan dengan memahami definisi setiap satu kemahiran secara terpisah”

Kemahiran Proses Sains adalah alat yang digunakan oleh pelajar untuk menyiasat dunia di sekeliling mereka dan membina kefahaman konsep. Maka, adalah penting untuk guru memahami kemahiran-kemahiran ini dengan baik. Walau bagaimanapun, mengenalpasti dan mendefinisi kemahiran-kemahiran proses bukanlah suatu tugas yang sentiasanya mudah.

Permasalahan pertama adalah kemahiran-kemahiran tersebut tidak diamalkan secara terpisah. Apabila kita melihat kepada situasi sebenar kehidupan, kita akan menemukan beberapa kemahiran yang terkait digunakan pada masa yang lebih kurang sama. Pertimbangkan sebagai misalnya, percubaan untuk menjelaskan mengapa titisan-titisan air ada di sisi luar gelas yang berisi air : Kita sedang memerhatikan fenomena, kita sedang menafsir apa maksud pemerhatian kita, dan kita mencadangkan hipotesis, atau penjelasan. Ia akan menjadi suatu cabaran untuk memisahkan kemahiran-kemahiran ini sebab hingga ke suatu tahap sempadan antara kemahiran-kemahiran tersebut menjadi semakin kabur. Namun, adalah perlu untuk membezakan kemahiran-kemahiran individu ini demi untuk mendidik perkembangannya secara berkesan dengan pelajar.

Permasalahan kedua ialah berkaitan berapa luas atau sempit kemahiran-kemahiran ini perlu didefinisikan. Kemahiran mengelas sebagai misalnya, sementara selalunya ditemukan sebagai suatu kemahiran terpisah, boleh juga dilihat sebagai suatu sub-kemahiran kepada memerhati. Ini disebabkan ia boleh membebankan untuk bekerja dengan satu senarai kemahiran proses yang panjang yang didefinisikan secara sempit. Dokumen ini membentangkan tujuh kemahiran yang didefinisikan secara luas dan menyatakan sub-kemahiran yang berkaitan, jika ada. Pendefinisian dan contoh yang diberikan berikut adalah berdasarkan beberapa sumber dan mewakili peristilahan kemahiran proses yang diterima penggunaannya secara universal.

*                    *                    *

MEMERHATI

Menggunakan deria dan alatan bersesuaian untuk mengumpul maklumat berkenaan objek, peristiwa, ataupun fenomena.

SUB-KEMAHIRAN termasuk mengumpul bukti, mengenalpasti persamaan dan perbezaan, mengelas, mengukur, dan mengenalpasti pemerhatian yang berkaitan.
CONTOH : Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara kiub ais dan bebola ais.

 

MENYOAL

Membangkitkan soalan berkenaan objek, peristiwa, ataupun fenomena.

SUB-KEMAHIRAN termasuk mengenalpasti dan bertanyakan soalan boleh disiasat; mencadangkan bagaimana jawapan kepada soalan-soalan boleh dicari; dan mengubah soalan tidak boleh disiasat kepada soalah yang boleh diambil tindakan.
CONTOH : Bertanyakan, “Adakah ais akan lebih cepat melebur dengan atau tanpa garam ditaburkan padanya?”

 

BERHIPOTESIS

Memberikan penjelasan tentatif berdasarkan pengalaman sesuatu fenomena, peristiwa, atau kesemulajadian objek. Hipotesis adalah bersifat boleh diuji. Hipotesis tidak sama dengan ramalan, yang merupakan keputusan yang dijangka daripada sesuatu peristiwa khusus. Walau bagaimanapu, hipotesis boleh digunakan untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa khusus.
SUB-KEMAHIRAN termasuk berinferens, membina model untuk membantu menjelaskan idea, dan menerangkan bukti untuk sesuatu hipotesis.
CONTOH : Meningkatkan jumlah luas permukaan menyebabkan peleburan dengan lebih cepat. (Ini menjelaskan mengapa ais yang hancur akan melebur dengan lebih cepat berbanding ais ketul yang berjisim sama.)

 

MERAMAL
Menjangka keputusan sesuatu peristiwa akan datang yang khusus berdasarkan corak dalam bukti atau hipotesis (suatu penjelasan). Sesuatu ramalan yang berdasarkan hipotesis boleh digunakan dalam merancang ujikaji untuk hipotesis tersebut.

NOTA : Ramalan bukanlah suatu tekaan.
SUB-KEMAHIRAN termasuk mewajarkan sesuatu ramalan dari segi  corak dalam bukti, dan membuat ramalan untuk menguji sesuatu hipotesis.
CONTOH : Air yang mengalir jatuh dari ketinggian lapan inci akan menyerak lebih banyak pasir berbanding dengan air yang mengalir jatuh dari ketinggian enam inci; ramalan ini adalah berdasarkan corak bahawa air yang mengalir jatuh dari ketinggian enam inci akan menyerak lebih banyak pasir berbanding dengan air yang mengalir jatuh dari ketinggian empat inci, dan air yang mengalir jatuh dari ketinggian empat inci akan menyerak lebih banyak pasir berbanding dengan air yang mengalir jatuh dari ketinggian dua inci.

 

MERANCANG DAN MENYIASAT
Mereka bentuk suatu penyiasatan yang merangkumi prosedur untuk mengumpul data yang diandalkan. Merancang termasuk merangka cara untuk menguji hipotesis.

NOTA : Merancang tidak selalunya formal.
SUB-KEMAHIRAN termasuk mengenalpasti dan mengawal pembolehubah, dan menggunakan alatan-alatan mengukur.
CONTOH : Menentukan untuk menabur sesudu kecil garam pada satu sisi seketul ais dan sesudu kecil gula pada satu sisi ais lain yang sama; meletakkan kedua-duanya sebelah menyebelah, dan memerhati kadar peleburan relatif kedua-duanya untuk mengetahui jika salah satu melebur dengan lebih cepat.

 

MENAFSIR

Mempertimbangkan bukti, menaksir, dan membuat kesimpulan dengan menilai data : Dengan kata lain, menjawab persoalan, “Apa yang dapatan kamu beritahu kamu?”. Mencari sesuatu corak atau makna lain dalam himpunan data.
SUB-KEMAHIRAN termasuk menafsir data secara statistik, mengenalpasti kesilapan manusia dan ralat eksperimen, menaksir hipotesis berdasarkan data, dan mencadangkan pengujian lanjut apabila perlu.
CONTOH : Selepas memerhatikan kadar peleburan ais-ais yang ditaburkan garam dan yang tidak ditaburkan garam, menyimpulkan bahawa garam merendahkan takat beku ais.

 

BERKOMUNIKASI
Mempersembahkan pemerhatian, idea, model teori, atau kesimpulan melalui percakapan, penulisan, lukisan, model fizikal, dan sebagainya.
SUB-KEMAHIRAN termasuk bercakap dengan orang yang lebih tahu, menggunakan sumber-sumber sekunder, mempersembahkan laporan, membina jadual data, dan membina carta dan graf.
CONTOH : Memerihalkan hubungkait antara masa peleburan ais dengan jumlah gram yang ditaburkan padanya dengan menulis tentangnya atau dengan membina graf.

 

Sumber : Modul Process Skills, Elements of Inquiry, Fundamentals of Inquiry Curriculum, Institute For Inquiry, Exploratorium, San Francisco.

Modul ini telah dikaji dan digunapakai sejak kira-kira 40 tahun lalu dan adalah berasaskan kajian bertaraf antarabangsa Prof. Wynne Harlen, penulis buku teori dan amalan sains dan merupakan pendidik tersohor dari UK.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s