Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1dii. Pemerihalan Kemahiran Proses Sains [Description of Science Process Skills]

morning dew
“Satu cara untuk mengenalpasti kemahiran proses adalah menerusi apa yang pelajar sebenarnya lakukan apabila mereka menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut.”

Memerhatikan Kemahiran Proses Sains Dalam Tindakan

Pada senarai kemahiran proses sains berikut, terdapat pemerihalan untuk setiap satunya. Jika pemerihalan-pemerihalan sebarang kemahiran proses tertentu yang berikut dikenalpasti ada dalam tindakan pelajar, maka pelajar dikatakan menggunakan kemahiran proses tersebut dalam tindakannya yang khusus itu.

 

Memerhati

Apabila memerhati, pelajar :

  • mengenalpasti perbezaan dan persamaan antara objek atau bahan;
  • menggunakan alatan sebagaimana perlu untuk meningkatkan julat deria;
  • membezakan pemerhatian yang berkaitan dengan masalah dihadapi daripada banyak pemerhatian.

Menyoal

Apabila menyoal, pelajar :

  • sedia bertanya pelbagai soalan tentang fenomena;
  • mengenalpasti perbezaan antara soalan yang boleh dan tidak boleh dijawab dengan penyiasatan.

Berhipotesis

Apabila berhipotesis, pelajar :

  • mencuba memberikan penjelasan yang konsisten dengan bukti atau dengan idea daripada pengalaman lampau;
  • mempamerkan kesedaran bahawa mungkin terdapat lebih daripada satu penjelasan yang mematuhi bukti.

Meramal

Apabila meramal, pelajar :

  • menggunakan bukti daripada pengalaman atau penjelasan yang mungkin (hipotesis) dalam menjangka keputusan peristiwa akan datang yang khusus;
  • menggunakan corak dalam maklumat atau pemerhatian dalam menjangka keputusan peristiwa khusus yang melampaui data (ekstrapolasi).

Merancang dan Menyiasat

Apabila merancang dan menyiasat, pelajar :

  • untuk pengujian yang adil, mengenalpasti pembolehubah yang perlu diubah, perkara-perkara yang perlu dikekalkan, dan apa yang perlu dicari atau diukur untuk memperoleh keputusan dalam penyiasatan;
  • membandingkan apa yang mereka sebenarnya lakukan berbanding apa yang telah dirancang.

Menafsir

Apabila menafsir, pelajar :

  • membincangkan apa yang ditemukan berkaitan dengan soalan asal;
  • mengenalpasti corak atau trend dalam pemerhatian atau pengukuran dan menyedari perubahan berkaitan.

Berkomunikasi

Apabila berkomunikasi, pelajar :

  • menggunakan ilustrasi, penulisan, model, dan lukisan untuk mempersembahkan idea mereka, serta menggunakan jadual, graf, dan carta untuk merekod dan menyusun atur keputusan;
  • memilih bentuk-bentuk untuk merekod atau mempersembahkan keputusan yang bersesuaian dengan jenis maklumat yang dikutip dan dipersembahkan, dan bersesuaian dengan khalayaknya.

*                    *                    *

Nota tambahan :

Kemahiran proses sebenarnya tidak diamalkan secara terpisah. Seseorang yang sedang memerhati sebagi misalnya, barangkali juga sedang berhipotesis dan meramal, dan berkemungkinan sedang menafsir, berserentak secara kognitif.

Adalah sulit untuk memisahkan dan membezakan setiap satu kemahiran ini daripada satu sama lain. Dalam amalan sebenar, apa yang kita sebut kemahiran proses bukanlah kemahiran individu, sebaliknya adalah kemahiran gabungan beberapa kemahiran. Namun sebagai guru, kita perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini secara terpisah supaya kita dapat mengenalpasti di mana tahap pelajar dalam perkembangan setiap kemahiran ini demi membantu mereka memperkukuh kemahiran-kemahiran tertentu.

 

Sumber : Diolah dan diterjemah daripada bahan pendidik yang dikaji dan diterbitkan oleh Institute for Inquiry , Exploratorium. Fundamentals of Inquiry. pg M11a-b, M12

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s