Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1d. Proses Sains

“Jika pemikiran kritis dirujuk sebagai batu asas kepada berfikir, maka tidaklah keterlaluan untuk dinyatakan bahawa proses sains berlaku dalam segenap aspek kehidupan”

 

Proses Sains Kemahiran Proses Sains Produk Proses Sains
Pemerhatian Observation Memerhati Observing Pemerhatian Observation
Penyoalan Questioning Menyoal Questioning Soalan Question
Hipotesis Hypothesis Berhipotesis Hypothesizing Hipotesis Hypothesis
Ramalan Prediction Meramal Predicting Ramalan Prediction
Perancangan dan Penyiasatan Planning and Investigation Merancang dan Menyiasat Planning and Investigating Rancangan dan Siasatan Plan and Investigation
Penafsiran Interpretation Menafsir Interpreting Tafsiran Prediction
Komunikasi Communication Berkomunikasi Communicating Komunikasi Communication

Proses-proses sains berlaku secara spontan dalam fikiran kita . Ia tetap akan berlaku biarpun kita belum memahami atau menguasainya. Sementara itu, kecekapan kita menggunakan proses sains adalah terbatas kepada keterlatihannya. Proses sains apabila ia digunakan berulang kali dan diberi perhatian ke atasnya, akan membentuk kemahiran yang disebut kemahiran proses sains.

Proses-proses sains sebenarnya adalah rumit untuk dibincangkan secara tunggal. Ini disebabkan ia berlaku secara beriringan antara satu dengan yang lain iaitu sebagai satu set kemahiran yang koheren. Namun, kesanggupan untuk mencuba memahami perkaitan antara proses sains dengan tingkah laku kita akan membuka peluang untuk kita meningkatkan kemahiran-kemahiran tersebut ke tahap seterusnya.

Memiliki kemahiran proses sains yang baik meletakkan penyiasatan kita tinggi nilai saintifiknya. Ini menjadikan penemuan dan laporan kita lebih andal untuk dirujuk dan digunakan orang.

Kesilapan konsep sebilangan orang terhadap proses sains ialah ia hanya berguna dalam sains, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Proses sains digunakan dalam sebarang keadaan yang memerlukan pemikiran kritis. Justeru jika pemikiran kritis dirujuk sebagai batu asas kepada berfikir, tidaklah keterlaluan untuk dinyatakan bahawa kemahiran proses berlaku dalam segenap aspek kehidupan.

Melalui pemisahan secara logik proses-proses dalam pemikiran kita, kita dapat mempelajari cara menerangkan fenomena-fenomena alam yang berlaku dengan keraguan yang paling mininum. Lantas, proses sains bukan hanya berguna dalam sains tetapi dalam apa-apa keadaan yang memerlukan pemikiran kritis. Kemahiran proses sains antaranya termasuk memerhatikan kualiti, mengukur kuantiti, mengelaskan, berinferens, meramalkan, bereksperimen, dan berkomunikasi.

*                    *                    *

7 Kemahiran Proses Sains Utama (bersifat aktif) :

1. Memerhati

2. Menyoal (tidak diiktiraf secara bertulis oleh sukatan piawaian sains kebangsaan Malaysia)

3. Berhipotesis

4. Meramal

5. Merancang dan Menyiasat

6. Menafsir

7. Berkomunikasi

3 Kemahiran Proses Sains Sekunder (bersifat menyokong) :

8. Mengelas

9. Membuat Inferens

10. Menggawal Pembolehubah

3 Kemahiran Proses Sains Tertier (bersifat merentas masa kerana boleh berlaku dalam sebarang KPS utama) :

11. Mengukur dan Menggunakan Nombor

12. Menggunakan Perhubungan Masa dan (dengan) Ruang

13. Mendefinisi Secara Operasi

Advertisements

3 thoughts on “1d. Proses Sains

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s