Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1diii. Pendefinisian Kemahiran Proses Sains Secara Operasi

leaf
“Kemahiran adalah aras yang dicapai apabila sesuatu perbuatan itu dilakukan secara berulang-ulang. Melazimkan penggunaan proses-proses sains, dengan memahami petunjuk kemahiran dalam tindakan, dapat membantu membentuk kemahiran yang perlu untuk proses dan amalan saintifik yang baik”

Menggunakan petunjuk perkembangan kemahiran proses sains

Salah satu cara untuk mengenalpasti kemahiran proses adalah menerusi tindakan-tindakan yang menggunakan setiap daripada kemahiran proses yang terlibat. Sebagai misalnya, jika kanak-kanak sedang mengasingkan dedaunan ke dalam kumpulan-kumpulannya berdasarkan kelicinan atau kekesatan permukaannya, mereka sedang “mengenalpasti perbezaan ketara antara objek”; yang merupakan suatu kemahiran memerhati (yakni kemahiran proses sains utama bagi sub-kemahiran mengelas). Pendefinisian secara operasi ini adalah penting untuk pengenalpastian kemahiran dalam tindakan pelajar.

Senarai petunjuk berikut dapat membantu kita menumpukan pemerhatian pada aspek-aspek ketara dalam tingkah laku pelajar dan menafsir pemerhatian akan tingkah laku tersebut untuk kemahiran proses yang berkaitan.

Petunjuk-petunjuk ini dapat digunakan untuk menafsir secara menyeluruh tingkah laku-tingkah laku pelajar yang ditemukan dan ucapan, artifak, penulisan, dan lukisan mereka. Pemerhatian ke atas sumber-sumber ini dapat digunakan untuk penentuan aras kemahiran yang telah dicapai.

Aras Kemahiran Proses Sains

 MEMERHATI

1 Berhasil dalam mengenalpasti perbezaan dan persamaan ketara antara objek dan bahan.
2 Menggunakan beberapa deria dalam meneroka objek dan bahan.
3 Mengenalpasti butiran lanjut perbezaan antara objek dan bahan.
4 Mengenalpasti titik persamaan antara objek apabila perbezaan adalah lebih ketara berbanding persamaan.
5 Menggunakan deria dengan betul dan meningkatkan julat penglihatan menggunakan kanta tangan atau mikroskop sebagaimana perlu.
6 Membezakan pemerhatian yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi daripada banyak pemerhatian.

 MENYOAL

1 Sedia bertanya pelbagai soalan sama ada daripada jenis boleh disiasat serta tidak boleh disiasat.
2 Mengambil bahagian secara berkesan dalam membincangkan bagaimana soalan yang ditanyakan dapat dijawab.
3 Mengenalpasti perbezaan antara soalan yang boleh disiasat dan yang tidak boleh disiasat.
4 Mencadangkan bagaimana jawapan kepada pelbagai soalan dapat ditemukan.
5 Secara amnya, dalam sains, bertanyakan soalan yang berpotensi sebagai boleh disiasat.
6 Membantu dalam mengubah soalan-soalan mereka menjadi bentuk yang boleh diuji.

BERHIPOTESIS

1 Mencuba memberikan penjelasan yang tekal (konsisten) dengan bukti, meskipun hanya dari segi kehadiran ciri atau keadaan tertentu.
2 Mencuba menjelaskan perkara dari segi idea yang berkaitan daripada pengalaman lampau, meskipun sekadar menyebut namanya sahaja.
3 Mencadangkan mekanisme untuk sesuatu yang berlaku, meskipun sukar untuk disemak.
4 Menunjukkan kesedaran bahawa mungkin terdapat lebih daripada satu penjelasan yang mematuhi bukti.
5 Memberikan penjelasan yang mencadangkan bagaimana sesuatu kesan atau situasi yang diperhatikan itu berlaku dan bagaimana untuk menyemaknya.
6 Mempamerkan kesedaran bahawa semua penjelasan adalah bersifat tentatif dan tidak bebas sepenuhnya daripada keraguan.

MERAMAL

1 Mencuba membuat ramalan yang berkaitan dengan sesuatu masalah, meskipun ia adalah berdasarkan idea pra-anggapan.
2 Menggunakan sebahagian bukti daripada pengalaman lampau dalam membuat ramalan.
3 Membuat ramalan munasabah berdasarkan penjelasan yang mungkin (hipotesis) tanpa semestinya sanggup untuk memberikan justifikasi yang jelas.
4 Menjelaskan bagaimana sesuatu ramalan yang dibuat berkaitan dengan corak dalam pemerhatian.
5 Menggunakan corak dalam maklumat atau pemerhatian untuk membuat interpolasi atau ekstrapolasi yang wajar.
6 Membuat justifikasi sesuatu ramalan dari segi corak dalam bukti atau idea yang mungkin menjelaskannya.

MERANCANG DAN MENYIASAT

1 Bermula dengan pendekatan am yang bermanfaat meskipun butirannya tidak mencukupi atau ia memerlukan pemikiran lanjut.
2 Mengenalpasti pembolehubah yang perlu diubah dan perkara-perkara yang perlu dikekalkan untuk pengujian yang adil.
3 Mengenalpasti apa yang perlu dicari atau apa yang perlu diukur untuk mendapatkan keputusan dalam penyiasatan.
4 Berhasil dalam merancang pengujian yang adil menggunakan kerangka soalan yang diberikan.
5 Membandingkan prosedur-prosedur sebenar selepas peristiwa dengan yang telah dirancang.
6 Secara spontan menstrukturkan perancangan supaya pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar, bersandar, dan dikawal dikenalpasti dan langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan keputusan yang diperolehi adalah tepat sebagaimana yang mungkin.

MENAFSIR

1 Berbincang berkenaan apa yang ditemukan yang berkaitan dengan soalan asal.
2 Membandingkan penemuan dengan ramalan awal.
3 Menyedari perkaitan antara perubahan dalam satu pembolehubah dengan pembolehubah lain.
4 Mengenalpasti corak atau arah aliran (trend) dalam pemerhatian atau pengukuran.
5 Membuat kesimpulan yang merumuskan dan adalah tekal (konsisten) dengan kesemua bukti yang dikutip.
6 Mengiktiraf bahawa sebarang kesimpulan adalah bersifat tentatif dan mungkin perlu berubah dengan kehadiran bukti baharu.

 BERKOMUNIKASI

1 Dengan bebas berbual aktiviti dan idea yang dimiliki, dengan atau tanpa membuat rekod bertulis.
2 Mendengar idea orang lain dan melihat keputusan mereka.
3 Menggunakan ilustrasi, penulisan, model, dan lukisan untuk mempersembahkan idea dan penemuan.
4 Menggunakan jadual, graf, dan carta apabila dicadangkan untuk merekodkan dan menyusun atur keputusan.
5 Dengan sering dan spontan menggunakan buku rujukan untuk menyemak atau menyokong penyiasatan.
6 Memilih satu bentuk untuk merekod atau mempersembahkan dengan kedua-duanya dipertimbang dan wajar dengan jenis maklumat dan khalayak.

Sumber : Diolah dan diterjemah daripada bahan pendidik yang dikaji dan diterbitkan oleh Institute for Inquiry , Exploratorium. Fundamentals of Inquiry. pg M16a-c

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s