Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

4a. Meramal

predicting
“Meramal adalah melahirkan pernyataan jaminan berkenaan peristiwa akan datang berdasarkan pengalaman atau corak data lampau. Ia merupakan proses sains lanjutan kepada hipotesis, serta merupakan proses sains simpangan kepada inferens”

Membuat ramalan (predicting) adalah kemahiran proses yang berbeza sama sekali dengan membuat tekaan (guessing). Meramal memerlukan kita dilengkapi pola data terdahulu supaya data yang diramal itu berasas. Maka, disebabkan itulah hasil ramalan juga disebut sebagai “ekstrapolasi” (atau intrapolasi) – iaitu lanjutan daripada suatu pola data sedia ada.

"Graf adalah sebentuk ungkapan yang amat baik bagi sesebuah ramalan"
“Graf adalah sebentuk ungkapan yang amat baik bagi sesebuah ramalan”

Ramalan boleh jadi adalah berasaskan hipotesis atau corak dalam pemerhatian. Dalam mana-mana kes tersebut, ramalan adalah satu langkah penting dalam menguji hipotesis ataupun corak. Soalan ‘adakah konsep ini benar-benar menjelaskan apa yang sedang berlaku?‘ dijawab dalam sains, bermula dengan meramal peristiwa yang belum diketahui daripada penjelasan yang ada. Kemudiannya, disemak sama ada bukti yang terdapat dalam peristiwa ramalan itu ada berlaku.

Bagi kanak-kanak, penjelasan kepada ramalan barangkali lebih cenderung adalah berkaitan dengan situasi berbanding dengan mekanisme. Misalnya, ‘mengapa laungan bergema di sesetengah bilik tertentu dan tidak di bilik-bilik lain?‘. Ini mungkin dijelaskan sebagai ‘kerana sesetengah bilik tertentu tersebut permukaan dalamnya memantulkan kembali sebahagian besar bunyi”. Walaupun penjelasannya adalah lebih rumit lagi, adalah masih mungkin untuk menggunakan konsep atau idea yang disebutkan untuk membuat ramalan berkenaan ‘jenis permukaan bagaimanakah yang memantulkan kembali sebahagian besar bunyi?’. Penyiasatan ke atas ‘pantulan bunyi pada permukaan berbeza‘ akan menguji ramalan berdasarkan hipotesisnya iaitu ‘laungan bergema di sesetengah bilik tertentu kerana permukaan dalamnya memantulkan kembali sebahagian besar bunyi’.

Use Math to Cheat People out of Holiday Treats!
“Meneka bilangan gula-gula atau kacang dalam balang adalah suatu permainan meneka klasik”

Sementara itu berkenaan dengan membuat tekaan, ia tidak melibatkan kemahiran proses utama untuk menghasilkan data. Ini disebabkan meneka bukanlah suatu proses saintifik kerana tidak menyandarkan tindakannya kepada sebarang rujukan pengalaman atau data sedia ada.

Jika misalnya kita mengambil beberapa tindakan sebelum membuat tekaan, seperti mengukur saiz balang dan mendarabnya dengan lajur dan baris kacang yang boleh boleh dilihat untuk dapat menyebut jumlah kacang di dalam balang dengan lebih hati-hati, tindakan-tindakan ini masih dianggap sebagai membuat tekaan kerana tidak ada pola data lampau yang terlibat. Akan tetapi tindakan-tindakan yang diambil seumpama ini dalam membuat tekaan menjadikannya suatu tekaan bijak (smart guessing). Maksudnya, tekaan bijak melibatkan pencerapan maklumat pada ketika pemerhatian atau interaksi sedang berlangsung demi melahirkan suatu pernyataan tekaan.

Tidaklah mudah bagi guru sebenarnya untuk menggalakkan kanak-kanak membuat suatu ramalan yang tulen berbanding sekadar tekaan. Oleh itu, perlulah proses mendidik kanak-kanak untuk menaakul disokong terlebih dahulu. Ini dapat menghubungkan tindakan meramal kanak-kanak dengan proses pengujiannya. Petua asas bagi membantu perkembangan kemahiran proses meramal di kalangan kanak-kanak, justeru, ialah guru membantu mereka mengenalpasti perbezaan antara ramalan dengan tekaan dengan bertanyakan tentang bagaimana pernyataan tersebut dihasilkan.

Turut perlu disedari guru bahawa prasyarat kepada penguasaan kemahiran proses sains meramal yang baik adalah kanak-kanak berinteraksi dengan aktiviti yang membolehkan mereka membuat hipotesis untuk menguji atau memerhati corak. Apabila hipotesis sudah dibina atau dikenalpasti, ramalan dapat dibentuk untuk proses sains selanjutnya.

*Diolah daripada buku Wynne Harlen : Teaching, Learning, and Assessing Science 5-12. Fourth Ed.

*           *           *

Mengenal proses sains berdasarkan kata kunci yang ditentukan.

Contoh am 1

Seorang kanak-kanak kelihatan begitu lincah menggelecek kanak-kanak lain ketika bermain bola sepak di padang. Kanak-kanak itu dapat mengelak banyak terjahan dan percubaan merampas bola kanak-kanak lain kerana sudah biasa bermain dengan mereka.

Tindakan kanak-kanak itu menjangka gerakan-gerakan dalam permainan bola sepak tersebut berdasarkan kebiasaan bermain dengan rakan-rakannya ialah proses sains meramal.

Contoh am 2

Seorang peniaga pasar malam melambai-lambaikan belon berisi gas helium kepada pengunjung yang membawa anak kecil bersama. Kebiasaannya, apabila peniaga tersebut segera menyelitkan tangkai belon ke dalam tangan si anak, ibu bapanya tidak akan teragak-agak untuk membelikannya berbanding jika si anak hanya meminta sahaja. Peniaga itu berfikir bahawa itulah strategi yang boleh digunakan untuk melariskan jualan belon apungnya.

Tindakan si peniaga menjangka langkah yang dapat digunakan sebagai strategi yang menjamin jualannya berdasarkan pengalamannya tersebut ialah proses sains meramal.

Mengenal kata kunci berdasarkan kepada pemerihalan proses sains meramal. Manakah yang lebih tepat antara pilihan (a) dan (b) bagi contoh di bawah?

Contoh am 3

Seorang peniaga pasar malam melambai-lambaikan belon berisi gas helium kepada pengunjung yang membawa anak kecil bersama. Kebiasaannya, apabila peniaga tersebut segera menyelitkan tangkai belon ke dalam tangan si anak, ibu bapanya tidak akan teragak-agak untuk membeli berbanding jika si anak hanya meminta sahaja. Si peniaga bercadang melakukan hal tersebut sebagai strategi yang menjamin jualan belon apungnya.

Tindakan si peniaga ____________________ tersebut ialah proses sains meramal.

Jawapan :

(a) menentukan jaminan jualan belon apungnya

(b) memanipulasi keadaan sebagai strategi jualan belon apungnya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s