Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

3d. Hipotesis : Cadangan Penjelasan

sunset

Antara kemahiran proses sains utama termasuklah membuat hipotesis. Sesuatu hipotesis boleh jadi adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada yang diaplikasikan kepada situasi baharu, atau penjelasan yang datang daripada gerak hati atau imaginasi.

Kedua-dua cara mencadangkan penjelasan ini seharusnya diberikan galakan, walaupun adalah penting untuk membantu kanak-kanak menggunakan maklumat atau idea yang telah dipelajari dalam membentuk makna pengalaman baharu. Namun jika hanya pendekatan ini yang digunakan, ia boleh menyebabkan mereka berfikir bahawa pandangan sains hanyalah semata-mata berkenaan ‘jawapan benar’ yang bersifat tertutup.

Soalan yang seharusnya lebih sering ditanyakan kanak-kanak adalah berkenaan ‘Apakah alasan yang mungkin…?‘ berbanding ‘Apakah alasannya…?‘.

*           *           *

Petunjuk perkembangan kemahiran proses sains membuat hipotesis :

  1. Mencuba memberikan penjelasan yang tekal dengan kehadiran sifat atau keadaan tertentu.
  2. Merujuk kepada pengalaman berkaitan berbanding idea yang mengaitkannya (misalnya ‘gula’ berbanding melarut).
  3. Mencuba menjelaskan sesuatu dengan menamakan idea yang berkaitan tetapi tidak sampai menjelaskan maknanya (misalnya ‘graviti’).
  4. Mencadangkan sebab yang mungkin walaupun sukar untuk disemak (misalnya tentang bagaimana arus mengalir dalam wayar).
  5. Mempamerkan kesedaran bahawa mungkin terdapat lebih daripada satu penjelasan yang mematuhi bukti.
  6. Memberikan penjelasan yang mencadangkan tentang bagaimana sesuatu kesan atau situasi yang diperhatikan itu berlaku dan yang mana boleh disemak.
  7. Menunjukkan kesedaran bahawa penjelasan-penjelasan adalah bersifat tentatif dan tidak mutlak, iaitu tidak sepenuhnya bebas daripada sebarang keraguan.

*Diolah daripada buku Wynne Harlen : Teaching, Learning, and Assessing Science 5-12. Fourth Ed.

*           *           *

Mengenal kata kunci berdasarkan kepada pemerihalan proses sains ‘membuat inferens‘ dan ‘membuat hipotesis‘. Manakah yang lebih tepat antara pilihan (a) dan (b) bagi setiap contoh di bawah?

Contoh 1

Semasa memandu di lorong tengah, diperhatikan menerusi cermin sisi bahawa tiada kenderaan di sisi kiri. Kenderaan tersebut ingin menyusur keluar dari lebuhraya, maka lampu isyarat belok diberikan dan kenderaan mula menghimpit ke lorong kiri. Dengan tiba-tiba, terdengar hon kenderaan dibunyikan.

Tindakan ____________________ tersebut ialah proses sains membuat inferens.

Pilihan kata kunci :

(a) berfikir berkenaan idea kehadiran kereta berdasarkan petunjuk

(b) mencadangkan penjelasan berkenaan idea kehadiran kereta

 

Contoh 2

Tiga beradik sedang membuat istana pasir di tepi pantai. Mereka mendapati binaan istana pasir yang dibuat mudah merekah. Si abang merasakan kadar air yang sesuai dalam campuran bahan faktor untuk mendapatkan binaan istana pasir yang kukuh.

Tindakan si abang ____________________ tersebut ialah proses sains membuat hipotesis.

Pilihan kata kunci :

(a) berfikir tentang kadar air yang sesuai untuk campuran bahan

(b) mencadangkan penjelasan yang mungkin berkenaan kadar air yang sesuai untuk campuran bahan

Advertisements

One thought on “3d. Hipotesis : Cadangan Penjelasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s