Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

Pemerihalan Kemahiran Proses Sains 2 : Mengelas

"Antara ciri benda hidup ialah berinteraksi dengan sekelilingnya dan memerhati adalah 'gateway' atau pra-syarat untuk hal tersebut"
“Mengelas melibatkan proses-proses berfikir mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas – kesemuanya adalah pemikiran kritis iaitu prasyarat kepada pemikiran aras tinggi”

Mengelas merupakan proses sains kedua dalam senarai proses sains yang diiktiraf oleh kurikulum kebangsaan. Mengelas adalah proses mengenal, menyedari, dan mengesan perbezaan, pengasingan, atau pemisahan dalam pemerhatian. Mengelas dikatakan menyokong proses memerhati, menjadikannya lebih berkualiti, iaitu dengan cara menuntut pengumpulan ciri sepunya dalam pemerhatian. Dengan demikian dan oleh sebab mengelas adalah suatu proses yang segera menyusuli proses memerhati, ia tidak tergolong dalam 7 proses sains utama.

 

Contoh am 1

Sesudah jamuan berlangsung, ibu meminta anak remajanya membantu mencuci pinggan mangkuk serta perkakas yang sudah digunakan. Selesai mencuci, kesemua alatan dikeringkan. Si anak remaja kemudiannya menyimpan pinggan mangkuk dan perkakasan tersebut di tempatnya masing-masing.

Tindakannya menentukan pemisahan tempat menyimpan alatan-alatan tersebut ialah proses sains mengelas.

Nota : Namun, tindakannya mengenal alatan-alatan tersebut dan/atau tempat menyimpan alatan tersebut ialah proses sains memerhati.

 

Contoh am 2

Abah meluangkan masa pada hujung minggu mengemaskan almari pakaiannya. Sesudah dicuci, setiap pakaian tersebut dilipat atau disangkut pada tempatnya. Kain-kain pelikat dilipat dan ditindih bersama seperti juga baju-baju T dan seluar-seluar trek, sementara baju-baju melayu, baju-baju batik, dan kot-kot kerja digantung mengikut kelompok masing-masing.

TIndakan abah menentukan tempat letak setiap pakaian tersebut ialah proses sains mengelas.

Nota : Namun, tindakan abah mengenalpasti pakaian-pakaian tersebut ialah proses sains memerhati.

 

Contoh am 3

Seorang pekerja mendapati rakan sepejabatnya berpakaian baharu dan berbau wangi. Beliau lalu menyapanya kerana rakannya itu tidak pernah berpenampilan sebegitu sebelum ini.

Tindakan si pekerja menyedari perbezaan penampilan rakan sepejabatnya berbanding sebelumnya ialah proses sains mengelas.

Nota : “Seorang pekerja mendapati rakan sepejabatnya berpakaian baharu dan berbau wangi.” (Tindakannya menyedari penampilan rakan sepejabatnya ialah proses sains memerhati).

 

Contoh am 4

Pelajar-pelajar yang lewat hadir ke sekolah diasingkan oleh para pengawas kepada yang berpakaian seragam sekolah lengkap dengan yang tidak. Mereka yang melakukan lebih daripada sekadar kesalahan lewat akan dibawa berjumpa dengan ketua guru disiplin secara langsung untuk penjelasan, sementara mereka yang hanya lewat akan diberikan teguran dan demerit.

Tindakan para pengawas mengenal pengasingan kelompok pelajar mengikut kesalahan tersebut ialah proses sains mengelas.

 

Contoh am 5

Seorang nelayan kecil mengasingkan hasil tangkapan lautnya kepada jenis serta saiznya masing-masing. Pengasingan tersebut akan membantunya meraih lebih pendapatan apabila dijual kepada orang tengah berbanding dijual dengan harga pukal.

Tindakan nelayan mengenal pengasingan hasil tangkapannya tersebut ialah proses sains mengelas.

Nota : Tindakannya mengenal perkara setiap satu hasil tangkapannya itu ialah proses sains memerhati.

 

Contoh kurikulum 1 KBSR

Ruj : Sains Tahun 4. Unit 5, Bahan. Hal 78.

Adik memerhatikan kakak membaca buku pengetahuan am sains tentang magnet dan berminat untuk meneroka sendiri pengetahuan tersebut. Si adik mengambil seketul cenderamata bermagnet di peti sejuk dan menyentuh banyak objek yang terdapat di dalam rumah dengannya. Si adik mendapati ada yang melekat pada magnet tersebut dan ada yang tidak.

Tindakan si adik mengesan pengelasan objek-objek sama ada melekat atau tidak pada magnet ialah proses sains mengelas.

 

Contoh kurikulum 2 KBSR

Ruj : Science Year 5. Unit 2, Survival of the Species. Pg 15.

Murid-murid tahun 5 sedang mempelajari berkenaan kemandirian spesies. Mereka mendengar penerangan yang diberikan guru tentang pembiakan haiwan seperti harimau, gajah, kucing, lembu, dan lain-lain. Didapati haiwan-haiwan ini ada yang bertelur dan ada yang melahirkan anak.

Tindakan murid-murid tersebut mengenal perbezaan cara haiwan membiak ialah proses sains mengelas.

Nota : “Mereka mendengar penerangan yang diberikan guru tentang pembiakan haiwan seperti harimau, gajah, kucing, lembu, dan lain-lain.” (Tindakan mengenal butiran tentang pembiakan haiwan daripada penerangan guru ialah proses sains memerhati).

 

Contoh kurikulum 3 KBSR

Ruj : Science Year 6. Unit 5, Waste Management. Pg 76.

Pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di beberapa daerah telah memulakan kempen kesedaran untuk mengasingkan bahan-bahan buangan mengikut jenisnya. Orang awam diseru untuk menyahut kempen ini demi menyumbang kepada kemaslahatan tempat tinggal generasi berikutnya.

Tindakan mengenal jenis bahan-bahan buangan tersebut untuk pemisahan ialah proses sains mengelas.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s