Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

3c. Inferens, Hipotesis, dan Postulat

hypothesis

Apabila seseorang melahirkan sesuatu pernyataan, pernyataan itu boleh jadi adalah suatu inferens atau hipotesis, atau juga adalah suatu postulat. Jika pernyataan yang dilahirkan itu tidak dihasratkan untuk ditentukan kesahihannya, ia adalah suatu pernyataan inferens. Tidak ada tindakan susulan yang diambil untuk menyiasatnya kerana pernyataan inferens tidak dipertanggungjawabkan untuk hal tersebut. Pernyataan inferens yang terlahir apabila sesuatu pemerhatian dibuat berdasarkan sebarang petunjuk, adalah merupakan kesimpulan awal si pemerhati akan pemerhatiannya.

Hipotesis juga adalah suatu pernyataan sepertimana inferens, namun berbeza dari segi pertanggungjawaban untuk pembuktian. Maka, pernyataan hipotesis berkehendak kepada siasatan atau ujikaji. Pernyataan hipotesis boleh berasal daripada sesuatu pernyataan inferens yang segera dinaik taraf apabila ia dihasratkan untuk diuji.

Membina pernyataan hipotesis memerlukan kita melakukan sesuatu dan memerhatikan sesuatu. Ini bermaksud terdapat sekurang-kurangnya dua pemboleh ubah yang terlibat; pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah diukur/diperhatikan.

Contoh di bawah boleh dirujuk untuk memahami berkenaan hipotesis :

Ahmad dan Abu adalah dua sekawan. Pada suatu petang seperti kebiasaannya, Ahmad datang ke rumah Abu untuk mengajaknya bermain bola di padang. Ahmad berasa pelik pada kali ini kerana pintu dan tingkap rumah Abu semuanya bertutup rapat dan dia tidak mendapat sebarang respon untuk loceng rumah yang ditekan beberapa kali. Ahmad yang pada mulanya berfikir bahawa Abu tiada di rumah, berhasrat untuk memastikan hal tersebut. Oleh sebab sudah lama berkawan dengan Abu sehinggakan dia tahu selok belok rumah sahabatnya itu, Ahmad pergi ke belakang rumah dan mengintai ke dalam menerusi tingkap bilik Abu. Rupa-rupanya Abu sedang tidur!

Semasa Ahmad menyatakan ‘Abu tiada di rumah’, dia sedang membuat inferens. Petunjuk untuk Ahmad menyatakan sedemikian adalah pintu dan tingkap semuanya bertutup rapat dan tiada respon untuk loceng rumah yang ditekan beberapa kali. Namun kemudiannya di saat dia berhasrat untuk menyiasatnya, pernyataan ‘Abu tiada di rumah’ segera menjadi satu pernyataan hipotesis.

Sesuatu pernyataan hipotesis terhasil daripada proses sains membuat hipotesis. Perkembangan kepada proses ini ialah pengujian pernyataan dan ini melibatkan proses sains berikutnya iaitu membuat penyiasatan (mengeksperimen). Membuat penyiasatan memerlukan kita menentukan sekurang-kurangnya pembolehubah dimanipulasi serta pembolehubah bergerak balas. Untuk contoh di atas, pemboleh ubah dimanipulasinya ialah ‘menjenguk ke dalam rumah menerusi tingkap bilik Abu’ sementara pemboleh ubah diperhatikan ialah ‘Abu ada atau tiada di rumah’. Apabila berlaku tindakan dalam penyiasatan dengan memanipulasi pembolehubah dimanipulasi, perubahan dapat dikesan pada pembolehubah diperhatikan. Contoh pernyataan ini walaupun tidak berbunyi begitu saintifik berdasarkan corak pernyataan-pernyataan yang biasa kita ketemukan ketika menjalankan ujikaji di makmal, tidak dapat disangkalkan adalah suatu penyataan yang boleh diuji.

Sementara postulat, membincangkannya adalah dengan membuat perbandingan antara sesuatu pernyataan postulat dengan hipotesis. Pernyataan postulat adalah suatu saranan dengan anggapan bahawa fakta dalam pernyataan tersebut sudah atau mudah dipersetujui umum. Adakalanya postulat melibatkan penggunaan perkataan ‘akan’ dalam pernyataannya, misalnya ‘Ikan paus akan berkurangan dengan banyaknya’. Hal ini adalah saranan atau andaian bahawa keadaan tersebut akan berlaku dan umum sedia menerimanya. Ada juga pernyataan postulat yang dinyatakan tanpa perkataan ‘akan’, misalnya ‘membaca menambahkan pengetahuan’. Postulat tidak perlu diuji, walaupun ia boleh melalui proses tersebut – sedikit berbeza dengan inferens. Postulat dalam bidang matematik lebih sering disebut sebagai aksiom.

Antara ketiga-tiga proses ini iaitu, hipotesis mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding inferens dan postulat. Ini disebabkan hipotesis memberi ruang untuk tindakan diambil bagi menentukan kesahihannya, yang menjadikannya lebih hampir dengan nilai-nilai saintifik kerana ada nilai pertanggungjawaban. Hipotesis justeru tergolong sebagai satu daripada tujuh proses sains utama.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s