Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

3b. Inferens : Pandangan Tanpa Pertanggungjawaban

curiosity2

Inferens adalah sebentuk pernyataan, sebagaimana juga hipotesis, ramalan, dan tafsiran. Membuat pernyataan adalah cara manusia berinteraksi sesama mereka dan juga dengan alam sekeliling, di samping menerusi pertanyaan dan arahan. Pernyataan adalah himpunan perkataan yang membawa maksud yang lengkap.

Misal pernyataan ialah :

  • “Pisang goreng sedap dimakan panas-panas”; dan
  • “Pelancongan ke negeri atas angin adalah pilihan yang lebih utama bagi kebanyakan orang”.

Sebenarnya, sebarang pernyataan boleh jadi adalah sebuah inferens, dengan syarat pernyataan tersebut tidak dihasratkan untuk diuji kesahihannya. Kerana itulah, antara pemerihalan berkenaan inferens adalah ia merupakan suatu kesimpulan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian. Menerusi pemerhatian, satu atau beberapa petunjuk akan menjadi syarat kepada prasangka yang diterjemahkan sebagai pernyataan tersebut.

Berikut adalah contoh peristiwa serta inferens yang boleh dibina berdasarkan petunjuk yang ada :

Jariani ialah seorang pemain bola jaring sekolah yang jarang turun ke latihan. Walaupun demikian, beliau beranggapan jurulatih tidak mempunyai pilihan yang lebih baik kerana tetap memilihnya untuk berada dalam pasukan.

Tindakan Jariani menyatakan / berfikir bahawa jurulatih tidak mempunyai pilihan yang lebih baik walaupun beliau jarang turun latihan tersebut ialah proses sains membuat inferens. Petunjuknya adalah beliau (tetap) dipilih untuk berada dalam pasukan.

Nota : Namun, di saat Jariani berhasrat menentukan kebenaran anggapan tersebut, misalnya dengan bertanya sendiri kepada jurulatih ialah proses sains berhipotesis. (Boleh jadi Jariani tetap dipanggil jurulatih biarpun beliau jarang turun ke latihan kerana pemain-pemain lain sering ditimpa kecederaan. Atau, mungkin kerana pemain-pemain lain lebih teruk masalah disiplinnya!).

Berikut pula adalah contoh peristiwa serta inferens yang boleh dibina berdasarkan petunjuk yang ada menurut kurikulum KBSR :

[Ruj : Science Year 5. Unit 1, Microorganisms. Pg 8.]

Seorang pelajar tahun 5 sedang membantu rakan sekelasnya yang sakit perut untuk ke bilik rawatan sekolah. Pelajar tersebut memaklumkan kepada guru yang bertugas bahawa punca rakannya jatuh sakit adalah kerana rakannya makan kuih yang sudah dihinggapi lalat pada waktu rehat.

Tindakan pelajar menyatakan punca rakannya jatuh sakit berdasarkan pemerhatiannya tentang lalat tersebut ialah proses sains membuat inferens.

Inferens yang merupakan prasyarat kepada proses-proses sains lain yang melibatkan membuat pernyataan seperti hipotesis, ramalan, dan tafsiran, berfungsi membentuk makna daripada kejadian sesuatu peristiwa. Kemahiran yang diajarkan oleh inferens kepada kita membentuk tanggapan tersirat daripada frasa dan perbahasan yang dapat menambah baik kualiti keseluruhan sesuatu proses sains, bermula dengan memerhati. Ia memberi makna dan tujuan awal kepada keperluan pemerhatian dibuat. Dengan kata lain, inferens merangka arah proses sains yang bersifat cenderung kepada penyiasatan. Biarpun inferens itu sendiri tidak berkehendak kepada ujikaji, ia mencetus kecenderungan pemerhatian kepada proses saintifik.

Oleh yang demikian, inferens justeru turut digunakan untuk membina kesimpulan daripada sesuatu pemerhatian. Syarat kepada sesuatu inferens, sekali lagi, adalah mesti terdapat petunjuk dalam pemerhatian yang membolehkan si pemerhati membuat kesimpulan awalnya.

Kebolehan membuat inferens membolehkan seseorang memahami perspektif keseluruhan sesuatu peristiwa dalam pemerhatian awalnya. Ini penting walaupun inferens bukanlah suatu proses sains utama kerana tanpa inferens, seseorang itu tidak dapat membentuk kawalan metakognisi yang baik. Maksudnya, kemahiran berfikir sebagai asas kepada kemahiran proses seseorang tidak berkembang ke tahap yang dapat membuahkan pembelajaran berkesan kepadanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s