Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

Pemerihalan Kemahiran Proses Sains – Latihan 1

wleado pianist

Sila ikuti post Pemerihalan Kemahiran Proses Sains 1 : Memerhati terlebih dahulu untuk pengenalan.

 

Arahan 1 latihan : Baca ‘Kisah Si Penggubah Lagu’ berikut dengan teliti dan beri perhatian kepada ayat-ayat bergaris sebagai konteks kepada proses-proses sains yang akan dibincangkan.

Disebabkan lagu-lagunya semakin kurang didengari, seorang penggubah lagu telah memikirkan strategi baharu untuk kembali mendapat sambutan. Beliau meluangkan masa mendengar lagu-lagu terkini yang mayshur dan menyedari bahawa terdapat trend baharu dalam muzik di zaman ini (1, 2). Beliau justeru bercadang menggubah lagu mengikut trend tersebut untuk mengetahui sama ada apa yang difikirkannya itu benar (3, 4).

Not-not lagu baharunya yang ke 53 itu direkodkan dalam kertas muzik supaya dapat dirujuk berulang kali tanpa perlu didengarkan bunyinya (5, 6). Kumpulan pemuzik yang telah lama bekerja dengan beliau membaca kertas muzik itu dan mendapati bahawa ia berbeza daripada muzik-muzik yang dihasilkan beliau sebelum ini (7). Walaupun begitu, mereka memberikan jaminan bahawa muzik ini akan tetap dapat terjual dengan kutipan yang tinggi kerana si penggubah telah mempunyai nama yang amat kukuh dalam dunia muzik (8). Ini disebabkan si penggubah lagu itu telah sedia masyhur sejak sekian lama (9).

Semasa menggubah lagu tersebut, si penggubah lagu menentukan bahawa lagu yang mempunyai unsur-unsur trend terkini akan mendapat sambutan yang baik (10). Beliau lalu menggubah satu lagu berdasarkan trend semasa dan mendapati bahawa lagunya itu berada dalam carta tertinggi di radio-radio tempatan ketika ia mula diputarkan ke udara (11). Berdasarkan sambutan baik yang diterima itu, beliau bersetuju dengan apa yang telah difikirkannya sebelum ini. (12).

 

Arahan 2 latihan : Tentukan proses sains yang terlibat dalam konteks yang telah ditentukan dalam ayat-ayat bergaris di atas, berdasarkan kata kunci yang diberikan di bawah.

*Nota : Sila klik di sini untuk senarai kemahiran proses sains berdasarkan kurikulum kebangsaan.

  1. Tindakan si penggubah lagu mengenal trend baharu tersebut ialah proses sains __________ .
  2. Tindakan si penggubah lagu berfikir tentang trend baharu dalam muzik di zaman ini berdasarkan lagu-lagu terkini yang masyhur tersebut ialah proses sains __________ .
  3. Tindakan si penggubah lagu mencadangkan penjelasan yang mungkin tentang trend baharu dalam muzik di zaman ini mempengaruhi kemasyhuran lagu-lagu terkini tersebut ialah proses sains __________ .
  4. Tindakan si penggubah lagu berfikir idea munasabah yang boleh dimanipulasi dan diukur pembolehubah-pembolehubah yang ada dalam hipotesis tersebut ialah proses sains __________ .
  5. Tindakan si penggubah lagu merekodkan not-not lagu baharunya ke dalam kertas muzik tersebut ialah proses sains __________ .
  6. Tindakan si penggubah lagu menyedari turutan lagu baharu ciptaannya tersebut ialah proses sains __________ .
  7. Tindakan kumpulan pemuzik lama itu mengenal perbezaan muzik baharu berbanding muzik-muzik lama yang dihasilkan oleh si penggubah tersebut ialah proses sains __________ .
  8. Tindakan kumpulan pemuzik lama itu menentukan jaminan kutipan jualan yang tinggi untuk lagu baharu itu berdasarkan nama si penggubah lagu yang telah sedia kukuh tersebut ialah proses sains __________ .
  9. Tindakan kumpulan pemuzik lama itu menyedari tahap kemasyhuran si penggubah lagu sejak sekian lama tersebut ialah proses sains __________ .

10.  Tindakan si penggubah lagu menentukan manipulasi bahawa lagu                  dengan unsur-unsur trend terkini akan memberikan tindak balas                  mendapat sambutan yang baik tersebut ialah proses sains                                __________ .

11.  Tindakan si penggubah lagu menggubah lagu mengikut trend terkini           sebagai manipulasi dan memerhatikan sambutan baik terhadapnya               apabila didapati berada dalam carta tertinggi radio-radio tempatan               ketika mula diputarkan sebagai tindak balasnya tersebut ialah proses           sains __________ .

  1. Tindakan si penggubah lagu mengenalpasti hubungkait antara kedudukan lagu baharunya dalam carta tertinggi di radio-radio tempatan dengan unsur-unsur trend baharu muzik semasa dalam lagunya tersebut ialah proses sains __________ .

 

Jawapannya boleh dibincangkan bersama dalam ruangan komen.

Advertisements

2 thoughts on “Pemerihalan Kemahiran Proses Sains – Latihan 1

    1. Wa’alaikum salam Cikgu Azalina.

      Terima kasih kerana berminat dengan program kami. Untuk maklumat lanjut, kami sudah jawab menerusi emel. Cikgu boleh semak emel di alamat yang telah diberikan untuk tindakan lanjut.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s