Idea Amalan Sains

Aktiviti Amali Suaikenal 1

mengapa mengata

Sesi ini menyediakan aktiviti yang dapat mencetuskan perkenalan dan persaudaraan sesama ahli sesuatu bengkel. Sesuai dimainkan oleh golongan murid sekolah mahupun guru.

Tajuk : Mengapa Mengata [Mengenal Siapa – Membina Kata]

ARAHAN AM

Sesuai dilaksanakan dalam bengkel atau kelas baharu. Sesi ini bertujuan sebagai sesi perkenalan antara sesama peserta melalui aktiviti bertemu pasangan demi pasangan berdasarkan tugasan-tugasan yang diberikan.

 

Aktiviti 1 : Permainan Kad Abjad

Setiap peserta akan mendapat sekeping kad abjad dan setiap abjad membawa nilai markah yang tertentu, seperti berikut :

B – 6 mrkh              P – 4 mrkh

C – 8 mrkh             Q – 10 mrkh

D – 4 mrkh             R – 2 mrkh

F – 8 mrkh              S – 2 mrkh

G – 4 mrkh             T – 2 mrkh

H – 6 mrkh             V – 8 mrkh

J – 10 mrkh            W – 8 mrkh

K – 6 mrkh              X – 10 mrkh

L – 4 mrkh              Y – 6 mrkh

M – 4 mrkh             Z – 10 mrkh

N – 2 mrkh

Abjad-abjad yang tersenarai di atas kesemuanya adalah abjad konsonan. Untuk abjad-abjad vokal (A, E, I, O, dan U), masing-masing adalah bernilai 2 markah.

Beberapa kad abjad dicadangkan disediakan lebih daripada sekeping untuk melengkapkan keperluan aktiviti iaitu sekeping kad abjad bagi setiap peserta. Diandaikan bilangan peserta ialah 33 orang, maka masing-masing kad hendaklah disediakan sebanyak bilangan yang berikut :

B – 2 kpg                P – 2 kpg

C – 1 kpg                Q – 1 kpg

D – 2 kpg                R – 2 kpg

F – 1 kpg                S – 2 kpg

G – 2 kpg                T – 2 kpg

H – 2 kpg                V – 1 kpg

J – 1 kpg                 W – 1 kpg

K – 2 kpg                X – 1 kpg

L – 2 kpg                 Y – 1 kpg

M – 2 kpg               Z – 1 kpg

N – 2 kpg

Sediakan pula jadual merekod markah. Setiap peserta akan melukiskan jadual ini masing-masing pada sekeping kertas yang diberikan. Penyampai akan terlebih dahulu mencetaknya di atas kertas mahjong atau melukiskannya di atas papan putih untuk disalin oleh setiap peserta bengkel :

 

Nama : (……………Nama peserta……………)

Huruf : (………Abjad peserta/markah..………)

Nama peserta lawan

Abjad peserta lawan/markah

Perkataan binaan :

 

 

Jumlah markah  

 

Cara bermainnya, dengan dinyatakan arahan kepada peserta, adalah seperti berikut :

Setiap peserta akan mengambil sekeping kad secara rawak. Kad-kad ini mengandungi abjad konsonan rumi beserta markah huruf tersebut.

     Tempoh masa bermain akan dinyatakan sebentar lagi dan dalam masa yang diberikan, peserta akan bertemu dengan peserta-peserta lain.             Tanyakan nama dan beberapa maklumat mengenai dirinya semasa berkenalan. Kemudian, masing-masing akan mencatatkan maklumat                 nama, abjad, dan markah abjad peserta lawan ke dalam jadual.

    Setiap peserta perlu bertemu dengan lapan orang peserta lain.

     Apabila selesai, binakan satu perkataan melayu atau inggeris yang mempunyai maksud menggunakan hanya abjad-abjad yang diperolehi              tadi. Jika ada abjad yang sukar untuk digunakan, tidak mengapa jika ditinggalkan. Abjad-abjad vokal pula bebas digunakan sebanyak yang          perlu, tidak seperti abjad konsonan yang digunakan mengikut bilangan terkumpul daripada pertemuan. Tuliskan perkataan tersebut dalam            petak jadual yang tersedia.

 

Diterangkan kepada peserta :

Apabila perkataan telah dibina, jumlahkan markah daripada penggunaan abjad-abjad yang membentuk perkataan tersebut. Tuliskan jumlah        markah pada petak tersedia pada jadual.

      Akhir sekali, serahkan kertas kepada fasilitator. Lima peserta terawal sebelum masa tamat serta mendapat markah tertinggi layak mendapat        cenderahati (optional).

 

Jika peserta telah bersedia, nyatakan tempoh masa untuk tugasan tersebut :

Masa diberikan adalah lima belas minit. Anda boleh bermula sekarang.

 

Setelah 15 minit berlalu, nyatakan :

Baiklah peserta-peserta sekelian, masa diberikan sudah tamat. Mereka yang telah menghantar layak untuk dicalonkan hadiah cenderahati.

 

Kumpulkan dan susunkan para peserta dalam bulatan mengikut abjad. Fasilitator perlu bersedia lebih awal dengan kertas lima peserta yang layak menang tugasan.

Kemudian, nyatakan yang berikut :

Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya menyiapkan tugasan. Sekarang, mari kita uji sedikit ingatan calon-calon pemenang tugasan              dalam sesi perkenalan ini.

 

Panggil peserta-peserta berikut seorang demi seorang bermula dengan markah terendah dalam senarai lima calon. Peserta akan berada di tengah-tengah bulatan bersama-sama dengan fasilitator. Minta peserta :

Baik, sila tunjukkan siapakah yang bernama (sekian dan sekian) dan ceritakan sedikit apa yang telah dibualkan dengan peserta ini tadi.

 

Beri galakan dan sokongan kepada peserta tersebut untuk mengkomunikasikan maklumat peserta lain yang ditanyakan mengikut kadar masa yang bersesuaian. Setelah ditanyakan berkenaan kira-kira tiga peserta daripada lapan dalam senarainya, bolehlah diserahkan cenderahati berkenaan kepadanya. Sebelum/semasa peserta kembali ke tempatnya dalam bulatan besar, sebutkan perkataan yang telah beliau binakan.

Kemudian, teruskan dengan empat lagi calon pemenang.

Akhir sekali, kesemua peserta akan memperkenalkan nama, sekolah berkhidmat, tahun mengajar, dan opsyen kepada semua ahli bengkel, seorang demi seorang. Mana-mana peserta yang mendengarkan maklumat-maklumat ini buat kali kedua, anggapkan ia sebagai pengulangan untuk pengukuhan ingatan dan menambahkan kemesraan perkenalan.

 

Perbincangan/ulasan aktiviti :

Aktiviti ini secara tersirat melatih daya berfikir secara kreatif para peserta dalam membina perkataan yang tertakluk kepada abjad-abjad konsonan yang dapat dikumpulkannya.

Aktiviti ini khususnya pada bahagian membina perkataan daripada kekangan-kekangan abjad yang ada, akan berupaya membuatkan peserta ‘menyelongkar’ khazanah perbendaharaan kata dalam pengetahuannya.

Dalam erti kata lain, aktiviti ini amat baik sekali dijadikan satu daripada aktiviti-aktiviti ‘thinking tools’ atau alat berfikir. Ia membawa maklumat sedia diketahui ‘to the surface for use and make them active again’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s