Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

Pemerihalan Kemahiran Proses Sains 1 : Memerhati

ferns_photoshop_and_gimp_brushes_by_redheadstock-d7c67m
“Antara ciri benda hidup ialah berinteraksi dengan sekelilingnya dan memerhati adalah ‘gateway’ atau pra-syarat untuk hal tersebut”

Memerhati ialah proses sains yang melibatkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa, atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena. Pemerhatian yang kurang hati-hati – kerana kurang mahir memerhati atau kerana pemerhatian itu adalah ilusi (dipengaruhi oleh keadaan yang menjadikan maklumat itu salah atau tidak tepat) – akan mengakibatkan pencerapan maklumat yang berbeza daripada sepatutnya. Pemerhatian adalah boleh diuji, menjadikannya bersifat aktif. Oleh itu, memerhati tergolong dalam kelas proses sains utama.

 

Contoh am 1

Seorang saksi kejadian jenayah diminta oleh pihak berkuasa untuk membuat pemerihalan wajah orang yang disyaki. Sewaktu kawat pengecaman, orang yang disyaki yang berwajah seperti diperihalkan ditarik keluar dari barisan untuk disoal jawab dengan lebih lanjut.

Tindakan saksi mengenal butiran wajah orang yang disyaki ialah proses sains memerhati.

Nota : Namun, tindakannya menyatakan butiran wajah tersebut ialah proses sains berkomunikasi.

 

*Nota tambahan :

Mari kita ambil Contoh am 1 untuk perbincangan.. Mengapakah ‘tindakan saksi mengenal butiran wajah orang yang disyaki’ disebut sebagai proses sains, dan bukannya kemahiran proses sains?

Kemahiran adalah suatu tahap yang dicapai apabila sesuatu tindakan atau perbuatan itu dilakukan secara berulang-ulang. Pada asasnya, sesuatu tindakan yang dibuat tidak dapat menjamin kemahiran berkaitan telah dicapai, melainkan jika dirujuk dengan petunjuk-petunjuk kepada kemahiran tersebut.

Dengan ini, adalah lebih praktikal digunakan istilah ‘proses sains’ apabila merujuk kepada sesuatu tindakan yang berlaku sebab ia menyatakan peringkat sesuatu maklumat itu diproses.

 

Contoh am 2

Seorang gadis masuk ke dalam bilik untuk mengambil tudung kepala di dalam almari. Untuk menjimatkan elektrik, suis lampu tidak dipetiknya. Dalam kesamaran cahaya, beberapa tudung kepala berlipat dapat dilihat dan sehelai daripadanya dicapai. Akan tetapi apabila diperiksa dibawah cahaya semasa keluar dari bilik, ia bukanlah tudung kepala yang dimahukan.

Tindakan si gadis mengenal perkara yang ingin diambil tersebut ialah proses sains memerhati.

 

Contoh am 3

Perhatikan imej kita dalam cermin dan cari persamaan dengan imej dalam gambar ketika kita berumur sepuluh tahun lebih muda.

Tindakan mengenal butiran setiap imej tersebut ialah proses sains memerhati.

Nota : Sementara tindakan mengenal persamaan antara kedua-dua imej itu ialah proses sains mengelas.

 

Contoh am 4

Seorang pelajar memesan pada rakannya untuk membelikan pembaris di koperasi sekolah pada waktu rehat. Apabila kembali ke kelas, pelajar itu mendapati rakannya membelikan pembaris yang salah. Si rakan menyangkakan si pelajar mahukan pembaris pendek sedangkan yang dimaksudkannya adalah pembaris panjang.

Tindakan si rakan mengenal perkara yang dimahukan si pelajar ialah proses sains memerhati.

Nota : Namun, tindakannya menyatakan perkara tersebut ialah proses sains berkomunikasi.

 

Contoh am 5

Pada zaman sebelum telefon bimbit digunakan dengan meluas, talian tetap yang ada di rumah dan pejabat adalah antara cara biasa manusia berhubung dengan orang jauh. Buku-buku panduan telefon disediakan yang menyenaraikan nama pemilik talian berdaftar mengikut abjad supaya mudah dicari.

Tindakan mengenal tertiban abjad tersebut ialah proses sains memerhati.

Nota : Sementara tindakan mengenal perbezaan abjad-abjad tersebut ialah proses sains mengelas.

 

Contoh am 6

Mengajuk gaya orang adalah antara bahan pertunjukan hiburan yang digemari ramai. Seseorang penghibur yang ingin melakukan pertunjukan ini perlulah peka dengan gaya orang yang ingin diajuknya.

Tindakan mengenal butiran gaya orang yang ingin diajuk ialah proses sains memerhati.

 

Contoh am 7

Kawasan blok rumah terputus bekalan elektrik di suatu malam. Sewaktu tersedar dari tidur kerana merasakan angin kipas, diketahui bahawa bekalan elektrik sudah kembali pulih.

Tindakan mengenal tanda bahawa bekalan sudah pulih tesebut ialah proses sains memerhati.

 

Contoh kurikulum 1

Ruj : Sains Tahun 4. Tajuk 3, Keperluan Asas Tumbuhan. Hal 5.

Empat anak pokok sama jenis dan sama saiz diletakkan dalam keadaan-keadaan berlainan. Anak pokok yang pertama dibiarkan tidak bersiram, yang kedua dibungkus di dalam beg plastik, yang ketiga diletakkan di tempat gelap, dan yang keempat disiram dan didedahkan kepada pengudaraan dan cahaya mencukupi. Didapati anak-anak pokok pertama, kedua, dan ketiga semuanya mati.

Tindakan mengenal perkara yang menjadi keperluan anak pokok untuk hidup ialah proses sains memerhati.

Nota : “Empat anak pokok sama jenis dan sama saiz diletakkan dalam keadaan-keadaan berlainan.” (Tindakan mengenal persamaan anak-anak pokok dan/atau mengenal perbezaan keadaan anak-anak pokok untuk eksperimen tersebut ialah proses sains mengelas.

 

Contoh kurikulum 2

Ruj : Science Year 5. Unit 4, Energy. Pg 39.

Sebatang lilin dan sebuah lampu suluh dinyalakan, dan sekeping kertas dibakar dengan cara menumpukan cahaya matahari padanya menggunakan kanta pembesar. Ketiga-tiga perkara ini iaitu api lilin, cahaya lampu suluh, dan api kertas terbakar dikenalpastikan sebagai sumber tenaga cahaya.

Tindakan mengenal perkara yang menjadi sumber tenaga cahaya tersebut ialah proses sains memerhati.

Nota : Namun, tindakan mengenal persamaan hasil ketiga-tiga aktiviti tersebut ialah proses sains mengelas.

 

Contoh kurikulum 3

Ruj : Science Year 6. Unit 1, Interaction Among Living Things. Pg 8.

Seekor ulat beluncas memerlukan tumbuhan untuk makanan dan perlindungan. Walau bagaimanapun, ulat beluncas itu adalah makanan kepada burung. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, semuanya akan diuraikan kepada nutrien oleh organisma-organisma lain untuk digunakan semula oleh tumbuhan baru.

Tindakan menyedari kewujudan interaksi antara sesuatu hidupan dengan hidupan lain ialah proses sains memerhati.

Nota : Tindakan menyedari tertiban dalam rantaian interaksi tersebut juga ialah proses sains memerhati.


Advertisements

One thought on “Pemerihalan Kemahiran Proses Sains 1 : Memerhati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s