Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

2aiii. Kemahiran Menyoal Untuk Pembelajaran Sains

raising hand
“Menyoal adalah kemahiran yang perlu dipupuk sejak awal perkembangan pembelajaran kanak-kanak”

 

 Menyoal adalah satu daripada kemahiran-kemahiran proses yang perlu untuk pembelajaran sains . Kemahiran-kemahiran proses seperti berhipotesis, bereksperimen, dan lain-lain tidak dapat berlaku tanpa kemahiran proses menyoal. Penyoalan akan melahirkan satu pernyataan awal (hipotesis) yang akan diuji (eksperimen) kesahihannya, sebelum keputusan ujikaji ditafsir (menafsir juga adalah satu kemahiran proses).

Seseorang ahli sains yang baik juga tidak dapat dipisahkan dengan tabiat bertanya. Dia akan sentiasa bertanya dan rantai pertanyaan itu akan kembali kepada menentukan sama ada gambaran awal sesuatu konsep yang dipegang itu benar atau perlu dibaiki. Ini selaras dengan idea bahawa alam ini bukanlah sebagaimana ia ada, tetapi sebaliknya adalah sebagaimana kita memerhatikannya. Konsep-konsep yang kita pegang tentang alam ini bersifat relatif antara sesama kita. Ada di antara kita yang mempunyai pandangan lebih tepat tentang sesuatu fenomena berbanding pandangan lain. Sesungguhnya, pandangan atau pemerhatian yang baik itu tidak dapat tidak mesti disokong oleh antara lain kemahiran menyoal.

Pembelajaran sains sebenarnya bukanlah pembelajaran fakta semata-mata, bahkan sains adalah suatu pembelajaran berkenaan proses sesuatu fakta itu ditemukan. Dengan demikian, sains yang disifatkan sebagai ‘saintifik’, iaitu kononnya merupakan himpunan fakta yang menentukan prinsip-prinsip alam ini bagi orang-orang yang mempelajarinya, tidaklah bermula lebih daripada sikap mereka yang memerhati dan berinteraksi dengan alam ini. Kemahiran-kemahiran mereka dalam memproses maklumat apabila mencerap objek serta fenomena alam ini dan seterusnya mengkajinya menentukan keandalan fakta tersebut. Sikap sesungguhnya adalah benih kepada pembentukan kemahiran menyoal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s