Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

2aii. Penyoalan dan Konstruktivisme

"Menyoal mengajak kepada sesuatu pemerhatian dengan lebih dekat dan hati-hati"
“Menyoal mengajak kepada sesuatu pemerhatian dengan lebih dekat dan hati-hati”

Antara tujuan penyoalan ialah untuk menarik perhatian, untuk memprovokasi, untuk mengajak kepada sesuatu pemerhatian, dan untuk menghubungkan jurang antara perkara yang ingin dipelajari dengan perkara yang sudah diketahui.

Terdapat cara yang salah bagi seseorang guru dalam melaksanakan penyoalan di bilik darjah iaitu dengan mengutarakan soalan yang tidak produktif kepada pelajarnya. Pertimbangkan contoh situasi di bawah yang melibatkan pertanyaan oleh guru untuk memahami akan hal ini :

“Seorang kanak-kanak sedang memantulkan cahaya matahari ke dinding menggunakan cermin. Guru bertanya : ‘Mengapa cermin itu memantulkan cahaya matahari?’. Kanak-kanak itu yang tidak tahu akan jawapannya berasa sedih dan tidak mempelajari apa-apa. Sekiranya apa yang guru itu tanyakan ialah, ‘Apa yang akan kamu peroleh apabila kamu berdiri dua kali ganda lebih jauh dari dinding?’ maka kanak-kanak itu mungkin akan dapat memberikan respon dengan melakukan hal tersebut, sambil melihat jawapannya terpantul pada dinding itu.” [Dipetik daripada Elstgeest, Jos. (1985). The right question at the right time. Dalam Wynne Harlen. Primary Science: Taking the Plunge. Oxford, England: Heinemann Educational, 36-46.]

Apa yang dimaksudkan dengan soalan yang tidak produktif ialah soalan itu tidak merangsang atau mengajak kepada pemerhatian yang lebih dekat. Soalan yang produktif menuntut pelajar menunjukkan jawapannya, bukan hanya menyebutnya. Ia mestilah berkaitan dengan bahan atau peristiwa yang sedang diinteraksi dan pelajar dapat mengalaminya untuk memastikannya sendiri. Soalan yang produktif merangsang aktiviti yang produktif. Soalan itu lebih berbentuk ‘boleh disiasat’ yang melibatkan pengalaman secara langsung pelajar dengan bahan atau fenomena, berbanding soalan berbentuk ‘tidak boleh disiasat’ iaitu soalan yang menuntut maklumat atau penjelasan.

Penyoalan produktif akan menyokong perkembangan konstruktivisme dalam diri seseorang individu. Konstruktivisme boleh difahami sebagai kecerdasan akal memproses pengalaman baru sebagai pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Konstruktivisme dalam diri pelajar dapat berlaku dengan baik sekiranya bimbingan yang diberikan guru menerusi penyoalan adalah berkaitan dengan aras pengetahuan pelajar serta bahan yang sedang diterokai.

Konstruktivisme telah dikaji sebagai suatu teori pembelajaran yang penting kerana ia melibatkan pembentukan makna daripada pemerhatian. Maka di sinilah, antara lain, kepentingan penyoalan dibuktikan. Ia membina halatuju baru dalam penerokaan setelah sesuatu pengetahuan asas dikuasai. Tanpa penyoalan, fakta-fakta yang dibacakan akan bersifat mendatar jika berlalu tanpa dapat dikesan deria kerana tidak semuanya memberikan makna kepada seseorang yang sedang mempelajarinya.

Taksonomi Bloom boleh dirujuk dalam mendukung pernyataan ini dengan keadaan penyoalan yang berlaku memberikan peluang kepada maklumat yang berada pada aras pengetahuan untuk maju ke aras kefahaman. Penyoalan membantu membentuk konsep sesuatu perkara yang dipelajari dengan jelas dan tersusun; yakni membentuk ketersusunan dalam kekalutan maklumat.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s