Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

2ai. Rasa Ingin Tahu dan Kemahiran Menyoal

"Rasa ingin tahu adalah bakat terbesar yang dianugerahkan kepada manusia untuk kemandirian hidup"
“Rasa ingin tahu adalah bakat terbesar yang dianugerahkan kepada manusia untuk kemandirian hidup”

Setiap daripada kita mempunyai satu kualiti semulajadi iaitu rasa ingin tahu. Kanak-kanak terutamanya mempamerkan hal ini dengan lebih jelas berbanding orang dewasa; mungkin kerana mereka belum ada praanggapan yang terlalu rumit dalam interaksi dengan alam sekeliling. Rasa ingin tahu mempengaruhi pemikiran, pertuturan, serta tindakan seseorang. Adakalanya apa yang difikirkan, dituturkan, atau dilakukan oleh seseorang itu tidak tepat dengan bagaimana ia seharusnya berlaku. Ini kerana pengetahuannya terhad atau kerana pemahamannya tentang sesuatu perkara itu tidak betul.

Rasa ingin tahu seseorang dipenuhi dengan cara membaca, perbualan dengan orang yang tahu, atau dengan penerokaan atau penyiasatan sendiri. Walau bagaimanapun, sebelum mana-mana daripada tindakan tersebut dapat dibuat untuk memenuhi rasa ingin tahu itu, individu berkenaan perlu mengkomunikasikan rasa ingin tahunya dalam bentuk ayat penyoalan. Ayat penyoalan ini berperanan menyatakan apa sebenarnya yang ingin diketahuinya supaya orang yang ditanya dapat memberikan jawapan yang sepatutnya, atau sekurang-kurangnya si penanya jelas dengan apa yang perlu dicari dalam bacaannya atau dengan apa yang perlu dilakukan dalam tindakannya.

Sementara rasa ingin tahu adalah semulajadi, kemahiran menyoal tidaklah begitu. Untuk melatihnya, perbuatan menyoal perlu dilazimkan seperti juga perbuatan bercakap, berlari, dan menulis. Semakin kerap kita menulis, dengan syarat kita memberi perhatian kepada peningkatan penulisan, maka tulisan kita akan menjadi semakin kemas. Ayat-ayat yang kita bina juga akan menjadi semakin bagus dan menarik untuk dibaca orang. Begitulah juga dengan perbuatan bertanya. Semakin sering kita menyoal, dengan syarat kita memberi perhatian kepada kaedah-kaedah penyoalan yang baik, kita akan semakin cekap menyoal.

Kebiasaan menyoal akan memahirkan seseorang dalam penyoalan dan dia akan dibantu apabila mengetahui tindakan yang patut diambil untuk memenuhi soalannya. Jika soalan itu diajukan kepada orang lain, orang itu akan dapat memberikan respon yang lebih baik kerana mereka jelas dengan maksud soalan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s