Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

2b. Jenis-jenis Soalan

thinking_of_thinking_by_pixelfire
“Menyoal adalah sumber kuasa pembelajaran kerana menentukan arah penerokaan atau penyiasatan”

Umumnya, terdapat tiga jenis soalan iaitu berbentuk ‘Apa‘, ‘Bagaimana‘, dan ‘Mengapa‘.

Soalan yang bermula dengan kata soal misalnya ‘apa‘, ‘bila‘, ‘siapa‘, dan ‘di mana‘ adalah berkenaan dengan pengenalpastian. Soalan-soalan sebegini cenderung dikategorikan sebagai soalan jenis ‘Apa‘.

Soalan yang bermula dengan kata soal misalnya ‘apa sebabnya‘ dan ‘apa tujuannya‘ adalah berkenaan dengan penjelasan. Soalan-soalan sebegini cenderung dikategorikan sebagai soalan jenis ‘Mengapa‘.

Sementara soalan yang bermula dengan kata soal misalnya ‘bagaimana‘, ‘apa akan jadi jika‘, dan ‘adakah‘ adalah berkenaan dengan pemprosesan. Soalan-soalan sebegini cenderung dikategorikan sebagai soalan jenis ‘Bagaimana‘.

Soalan-soalan dalam kategori ‘Apa‘ dan ‘Mengapa‘ adalah soalan-soalan yang berlegar di titik-titik ekstrem – kerana memulakan serta menamatkan pengalaman pembelajaran. Soalan-soalan dalam kategori ‘Bagaimana‘ pula berada antara kedua-dua titik tersebut.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s