Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

2a. Selepas Pemerhatian

menyoal
“Seseorang penyoal berkuasa menentukan apa yang ingin dilakukan dalam penerokaan atau penyiasatan fenomena yang dialaminya”

Memerhati adalah kemahiran proses terutama bagi seseorang manusia. Melalui pemerhatian, maklumat berkenaan sesuatu fenomena dapat dicerap. Maka, proses seterusnya yang berlaku adalah penyoalan.

Manusia menyoal atas pelbagai alasan; alasan yang tulen adalah sebagai terjemahan kepada rasa ingin tahunya. Sementara rasa ingin tahu adalah semulajadi, kemahiran menyoal tidaklah begitu. Ia perlu dilazimkan untuk mencapai aras kebolehan menyoal tertentu.

Soalan memandu arah penerokaan atau penyiasatan yang dihasratkan. Oleh itu, menyoal perlu diiktiraf dan dibudayakan dalam amalan sains supaya soalan yang tepat dapat dibina mewakili hasrat sebenar seseorang pengamal sains. Jika salah bertanya, pernyataan hipotesisnya boleh dicabar kesahihannya, atau jawapan yang ditemukan sebenarnya tidak menjawab soalan yang diajukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s