Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1b. Pengertian Sains

scientific

“Sikap mencerminkan nilai-nilai saintifik dalam tindakan kita”

SAINS ialah landas ilmu. Sains boleh dirujuk sebagai satu mata pelajaran atau sebagai satu bidang industri. Jika dirujuk dari segi falsafah, sains bermaksud sikap.

Apa sahaja perkara yang berlaku dalam ruang dan masa yang diberikan perhatian ke atasnya disebut sebagai ‘peristiwa’. Sikap sesungguhnya menentukan bagaimana kita menghadapi sesuatu peristiwa itu. Setiap orang mempunyai sikap yang berbeza dan justeru akan memerhati dengan cara yang berbeza juga. Kesannya, sebarang pertanyaan atau pernyataan yang dihasilkan akan mempengaruhi pengalaman berikutnya.

Apa yang dipelajari oleh seseorang daripada alam ini amat bergantung kepada sikapnya dalam memproses maklumat yang dikutip daripada pemerhatiannya. Ada orang memerhati dengan sikap yang lebih hati-hati, membuatkan pengetahuan yang diperolehinya lebih kritikal. Jika pemerhatian dibuat dengan sambil lewa, banyak maklumat fenomena yang akan diabaikan.

Itulah yang dimaksudkan dengan saintifik, iaitu meneliti dengan hati-hati sebarang pemerhatian ke atas alam ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s