Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1c. Kemahiran Saintifik

“Otak adalah organ tempat berlakunya pemprosesan maklumat hasil interaksi dengan alam sekeliling”

Manusia memiliki keupayaan fizikal dan mental. Keupayaan fizikal melahirkan kebolehan-kebolehan manipulatif sementara keupayaan mental melahirkan kebolehan-kebolehan proses.

Dalam aliran sains utama, kebolehan-kebolehan ini lebih sering disebut sebagai kemahiran. Di saat seorang kanak-kanak belajar memegang pensel dengan baik, otaknya juga telah mencapai kebolehan memproses bahan yang ingin ditulis atau dilukiskan.

Ringkasnya, kemahiran saintifik adalah terdiri daripada kemahiran manipulatif dan kemahiran proses. Adapun kedua-dua set kemahiran ini saling melengkapi kerana tanpa pancaindera, kemahiran proses yang paling utama iaitu membuat pemerhatian, tentu sekali mustahil untuk berlaku. Jika tiada sebarang maklumat tercerap ke dalam minda untuk diproses, kemahiran-kemahiran lain tidak dapat menyusul.

*                    *                    *

Kemahiran Saintifik

1. Kemahiran Proses

Memerhati, Mengelas, Mengukur dan Menggunakan Nombor, Berinferens, Meramal, Berkomunikasi, Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa, Menafsir, Mendefinisi Secara Operasi, Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis, Mengeksperimen

2. Kemahiran Manipulatif

Mengguna dan mengendali peralatan dan bahan dengan betul, Menyimpan peralatan dan bahan dengan betul, Membersihkan peralatan dengan betul, Mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul, Melakar spesimen dan bahan serta peralatan dengan betul

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s