Artikel Pendek Kemahiran Proses Sains

1a. Alam Semesta

Alam Semesta
Letusan Agung yang berlaku kira-kira 13.788 bilion tahun yang lalu adalah saat terbentuknya alam semesta yang menjadi tempat kediaman seluruh hidupan termasuk manusia

ALAM SEMESTA ini diciptakan dengan begitu indah sekali. Daripada sebesar-besar kejadian semesta raya hinggalah kepada sekecil-kecil kejadian zarah, semuanya amat mencuit rasa ingin tahu kita. Terlalu banyak yang dapat dipelajari daripada alam ini apabila kita rajin membuat pemerhatian.

Kita belajar tentang alam daripada pengalaman sendiri serta daripada pengalaman orang lain. Pengalaman membantu kita meramal hasil sesuatu tindakan. Apabila sesuatu peristiwa itu sudah diramalkan hasilnya sebelum tindakan diambil, kita akan dapat merancang dan menyiasat sesuatu kejadian dengan lebih berkesan.

Peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dan diperhatikan, pengetahuan yang diperoleh daripadanya dibentuk menjadi ‘teori’ untuk menjelaskan fenomena-fenomena alam, serta dibentuk menjadi ‘hukum’ untuk meramalkan peristiwa akan datang.

‘Hukum’ dan ‘Teori’ adalah sinonim dengan amalan sains yang menitikberatkan ketetapan dan kebertanggungjawaban dalam penemuan dan laporan. Ini supaya kita dapat membuat tafsiran yang terbaik tentang alam ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s